CETUSAN RASA

Anak Satu Anugerah

Semalam, Kakba mengajar anak sulung menulis. Pening jugak memikirkan pendekatan yang sesuai agar memudahkan kefahaman dia. Baru tersedar betapa payahnya seorang pendidik memastikan info pengajarannya sampai kepada murid-murid dalam kelas lebih-lebih lagi jika bilangannya yang ramai. Baru seorang dah pening. Tahap kesabaran jugak perlu tinggi. Kalau tahap pemahaman sama boleh tahan jugak. Dalam satu kelas mana mungkin semuanya sama. Anak Kakba sendiri sudah 6 tahun masih tergagah-gagah memahami cara penulisan yang betul. Yang membuatkan Kakba tambah pening dia boleh keliru nak tulis ke kanan ke kekiri. Salah kakba jugak sebab tak tengok dari awal kemampuan dia. Hantar sekolah tadika Islam hingga menyebabkan banyak kekeliruan yang tidak termampu olehnya terpaksa ditanggung. Kesian anak yang sangat lembut hatinya.

Tapi kakba masih bernasib baik kerana cepat tersedar. Tahun ni kakba hantar sekolah tadika biasa yang hanya mengajar yang asas membaca dan mengira. Harap-harap kekeliruan yang timbul akan lenyap. Jika disingkap sejarahnya, anak sulung kakba ini bernasib baik dapat hidup sebagai anak yang normal. Diawal kelahirannya, dia lahir dalam keadaan yang senyap dan sudah lebam. Terus masuk NICU selama lapan hari. Hancur luluh hati melihatnya dalam kaca dengan wayar bersirat sana-sini. Pusat dipotong rapat bagi membolehkan bekalan makanan terus disalurkan melaluinya. Ubat menahan sawan dibekal dalam dua tiup. Doktor memberitakan kelahirannya dengan pelbagai kesan. Hampir sawan, jantung lemah, jangkitan paru-paru dan lebih membimbangkan kesan oksigen yang tidak sampai ke otak ketika kelahiran yang mungkin menganggu tumbesarannya. Alhamdulillah dalam masa lapan hari anak ini yang diberi nama Nur Faiqah Dayana yang bermaksud cahaya yang terang benderang ini mampu survive. Jauh disudut hati Kakba, terima kasih Allah atas kurnian ini dan aku redha dengan segalanya. Tahun demi tahun, setiap enam bulan dia perlu rawatan susulan untuk melihat perkembangannya dan sejak empat tahun doktor mengesahkan dia mampu hidup normal.

Berbalik kepada cerita persekolahan dia, Kakba sedar bahawa keupayaan dia tidak mampu mengalas terlalu banyak task dalam satu masa. Jika disekolah lama dia terpaksa berhadapan dengan terlalu banyak subjek dengan arab, jawi, hafalan selain yang asas menyebabkan anak ini dalam kekeliruan. Salah ibu tidak mengukur baju di badan sendiri. Tapi nak dijadikan alasan mana nak tahu keupayaan sebenar jika tidak dicuba dahulu. Itulah hidup namanya. Penuh dengan percaturan.

Harap-harap dengan tindakan ini dia mampu menguasai yang asas dahulu iaitu membaca dan mengira. Kak ba tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Walaupun apa pencapaiannya Kakba sedar dan redha. Itulah ketentuan ilahi atas anugerahnya. Syukur atas segalanya. Dapat anak yang sihat dan sangat lembut hatinya sudah cukup membahagiakan.

 

Cuti-Cuti Malaysia

Sedar tak sedar kita dah sampai hujung tahun. Bulan Mac nanti Kak Ba dah nak bersalin. harap semuanya OK. tapi yang sedih tu kali ni merupakan kali pertama Kak Ba akan berpantang tanpa Mak. Anak yang kedua tu walaupun mak dah sakit tapi sempat juga sampai hari yang ke 44. Sedih jugak rasanya. Maklumlah semua kene buat sendiri. Jaga diri sendiri. Jaga anak sendiri. Tah lah. Tak tahu macam maner nanti. Harap-harap suami kesian la kat kita ni. Minggu depan Raya Haji. Tak sabo nak balik kampung dan seterusnya pi bercuti dengan adik beradik kat Langkawi. Banyak makan belanja tapi mesti syok. Selamat bercuti pada semua...


Penulisan dan Pemikiran

Dalam dunia penerbitan hari ini masalah yang utama yang dihadapi oleh ramai pulis ialah melahirkan apa yang difikirkan dalam bentuk penulisan. Bukan tugas mudah. Mungkin orang akan kata tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran tetapi yang menjadi persoalan pokok ialah adakah orang yang membaca akan mendapat maklumat yang sama dengan yang sepatutnya mereka dapat hasil pemikiran penulis tersebut? ha...disinilah masalahnya yang payah lagi susah. Kadangkala kita tulis apa yang kita fikir orang akan faham tetapi sebenarnya kita tulis berlainan dengan fahaman sebenarnya kita sendiri. Ayat-ayat yang digunakan tidak membawa maksud sebenar. Mungkin benar pendapat yang menyatakan bahawa bakat semula jadi juga faktor penyumbang kepada keberkesanan hasil tulisan seseorang. Ada orang dengan mudah mengungkap apa yang difikirkan dalam bentuk tulisan. Ada pula orang yang bijak pandai bila berbicara tetapi bila menulis sukar benar mencari apa sebenarnya yang cuba disampaikan.

Korban dan Terkorban

Kita baru sahaja menjalankan ibadan korban sejajar dengan sambutan hari raya korban Jumaat lalu (27 Nov 2009). Bila musim perayaan tiba, kita sering menghidangkan dengan tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Yang menjadi persolannya ialah sampai bila angka korban itu akan terus meningkat dan terus meningkat. Walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan, namun angka tersebut tidak menunjukkan satu angka yang boleh membuat seseorang tersenyum melainkan tangisan yang menjadi igauan. Kalau individu yang menyebakan kematian itu seperti pemandu yang mabuk atau membawa terlalu laju hingga hilang kawalan yang meninggal dunia mungkin itu adalah atas balasan perbuatannya. Namun jika disebabkan sikap mereka-mereka itu, orang lain yang menjadi mangsa, apa pula hak mereka untuk "menyabut nyawa' orang lain atas kerakusan diri. Fikirkan bersama....

*Kak ba selalu fikir kalau orang perempuan mengandung anak luar nikah, perempuan tu kena tindakan mahkamah. Lelaki yang bertanggungjawab lepas bebas. Kalau orang yang menyebabkan kemalangan masih di atas jalan raya tetapi mangsanya di alam barzah. Ahli keluarga yang tinggal yatim piatu dan hidup merana. KEJAM...

Sahabat

Dalam alam cyber ini semua kemungkinan boleh berlaku. Sepertinya tidak percaya sahabat yang satu masa dahulu seorang yang lemah, sering kali gagal dan tidak bersemangat untuk menempuhi kehidupan, kini berdiri gah sebagai jagoan. Dalam tak sedar Kakba bangga memiliki sahabat yang sedemikian. Ini menunjukkan bahawa di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Tidak akan ada manusia yang suka berada di takuk lama selama-lamanya. Pasti inginkan pembaharuan. Pasti inginkan peningkatan. Jika dahulu sahabat Kakba itu kelihatannya tidak menampakkan sebarang kejayaan yang bakal ditempuhinya tetapi hari ini namanya sudah besar dalam bidangnya. Namanya sudah gah dipersadanya. Tahniah sahabat.

Cuti-cuti Malaysia 2

Selamat bercuti Kak Ba ucapkan kepada semua rakan yang sedang menghabiskan cuti tahunan masing-masing. Bagi yang cuti dah abis, bawak-bawak la insaf. Jangan ambik MC pulak. Dalam keadaan terdesak ada yang sanggup membeli MC tipu yang boleh didapati di kedai burger. Aper citer ni...jangan jatuhkan maruah perkhidmatan awam dengan benda-benda macam ni. Orang disekeliling kita sentiasa memerhatikan kita sama ada apa yang kita laungkan sama dengan apa tindakan kita. Jika kepimpinan kita menjanjikan transformasi dalam perkhidmatan, mengapa kita masih membawa sikap lapok yang merugikan itu..cukup-cukup la aper yang dilemparkan selama ini kepada perkhidmatan awam.....berilah nafas baru....berilah identiti baru...dan berikan harapan yang baru....

Bonus 20 Sen

Awal tahun ini negara dihidangkan dengan pengumuman kenaikan harga gula dari RM 1.45 kepada RM 1.65. Sejajar dengan kenaikan itu juga diumumkan kenaikan harga roti putih. Kakba tahu harga akan naik tapi tak sangka pulak awal tahun dah bagi 'bonus' ni kat rakyat. Kakba tak terasa sangat coz memang penggunaan gula amat sedikit. Kalau beli dua kilo tu sampai berbulan-bulan. Banyak semut makan dari Kakba sekeluarga. Pada pandangan Kak Ba kalau disemarakkan dulu Kempen Pengurangan Penggunaan Gulu oleh KPDNKK mesti rakyat Malaysia tak 'angin' sangat. Tapi nak buat macam maner. Semua dah terjadi. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita harus menyahut kempen ini agar semua rakyat hidup sihat sejahtera...Amin...


Surat Layang Datang Melayang

Tak sangka dalam dunia cyber hari ini masih terdapat individu yang menggunakan elemen surat layang sebagai wadah untuk menyuarakan pendapat dan bantahan. Jika dilihat dari satu sudut, kewujudkan surat layang ini ada memberi implikasi yang positif kepada sesebuah organisasi tetapi dari satu sudut yang lain, surat layang juga boleh menggugat keharmonian sesebuah organisasi. Tak kira apa juga motif si penulis surat, jika organisasi mengambil dari sudut yang positif, perkhidmatan yang ditawarkan akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Namun, jika sebaliknya sesebuah organisasi boleh hilang kredibiliti. itulah padahnya surat layang...


Kerja dan Rumahtangga

Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, Kakba seringnya merasakan jikalau Kakba dapat suami yang kurang memahami, betapa parahnya hidup ni. Kalau balik penat-penat tetap kene masak sebab sang suami tak biasa makan diluar, alangkah penatnya si isteri itu. Tapi ader juga orang kata itu alasan orang malas masak. Air tangan isteri boleh tambat suami. Tapi apa pulak peranan suami tambat hati isteri pulak setelah tanggungjawab mencari rezeki dipikul bersama?

Madu Tiga

Hari ni KakBa baca Mega tentang Salleh Yaacob yang kahwin tiga tapi bahagia. Best tengok bila ada suami yang sanggup memadukan isteri tetapi sedar tanggungjawab sendiri. Lelaki selalunya bila ada orang baru isteri lama dilupa-lupakan, ditangan-tangankan. Tak banyak lelaki yang bila ada orang baru yang lama tak dipersalahkan. Selalu ader saje yang buruknya untuk dijadikan alasan ambil yang baru jadi isteri.

Sebenarnya bukan mudah untuk suami berlaku adil jika isteri tidak redha dengan 'keadilan' yang suami perkatakan. Contohnya dalam soal kenderaan. Jika isteri pertama pakai Herier, isteri kedua pakai Alphard, isteri ketiga pakai BMW, kene pastikan hargaya tidak banyak beza dan jika berbeza isteri-isteri kene redha. Hal ini akan bersangkutan pula dengan kos minyak untuk kereta-kereta ini, belum lagi bab insurance dan road tax. Terlalu banyak perkara remah yang perlu difikirkan jika nak berlaku adil. Jika isteri pertama rumah apartment, semua isteri kena duduk jenis rumah yang sama walaupun ada yang berminat nak duduk Kondo atau rumah teres.

Suami kene bertegas agar semua isteri patuh dengan keadilan dan kehendak isteri terpaksa dikorbankan agar madu tidak buat sebarang spekulasi dan mintak kehendak masing-masing dipenuhi. Pening kepala Kakba fikirkan jika Kak Ba jadi lelaki yang 'adil'. Kesimpulannya Salleh Yaacob suami hebat dan isteri-isterinya juga wanita yang hebat.