HARI INI DALAM SEJARAH

HARI INI DALAM SEJARAH


Peristiwa : 16.1.1641 : Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda
Melaka jatuh ke tangan Belanda dan memberi makna berakhir lah zaman Portugis ke atas Melaka sejak 1511. Kejayaan ini hasil serangan dan kepungan tentera Belanda ke atas Melaka di bawah arahan Antonio Van Dieman, Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Johor. Johor membawa 1,500 tentera di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil. Apabila Melaka kekurangan bekalan makanan, mereka diserang habis-habisan sehingga dianggarkan 17,000 penduduk Melaka terbunuh, hanya 3,000 yang hidup dan kira-kira 1,500 tentera Belanda telah terbunuh.

Peristiwa : 1.1.1866 : Bandar Tanjong Puteri (Johor Bahru) dijadikan Ibu Negeri Johor
Pada hari ini, Bandar Tanjong Puteri diubah namanya kepada Johor Bahru dan diangkat menjadi Ibu Negeri dan Pusat pentadbiran Kerajaan Johor menggantikan Teluk Belanga di Singapura. Orang yang bertanggungjawab mengubah nama ini ialah Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Johor Moden" kerana selepas perpindahan ini, Johor Bahru membangun dengan pesat dan maju.


Peristiwa : 20.1.1874 : Perjanjian Pangkor Ditandatangani
Raja Muda Abdullah, Raja Muda Perak yang menguasai kawasan Hilir Perak menandatangani Perjanjian Pangkor bersama pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Temenggung, Bendahara, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan dato' Sagor di hadapan Gabenor Negeri Selat, Sir Andrew Clarke. Perjanjian ini mengandungi 14 perkara penting dan implikasi paling besar ialah perkara yang berkaitan dengan pelantikan Residen. Dalam peruntukan ini, Resdien berkuasa penuh atas pemungutan hasil negeri dan juga pentadbiran dan sultan dikehendaki memintak nasihat beliau dalam menguruskan negeri. Sultan bukan lagi pemerintah mutlak dan baginda tertakluk kepada perunutkan yang ditentukan Inggeris.



Peristiwa : 2.1.1905 : Pembukaan Kolej Melayu Kuala Kangsar
Pada hari ini, sebuah sekolah Melayu berasrama penuh ditubuhkan dengan 8 orang murid dan 3 orang guru. Guru besar pertamanya ialah William Hargreaves. Tujuan asal penubuhan sekolah ini ialah khas untuk memberi pelajaran dan latihan kepada anak-anak kaum kerabat diraja dan pembesar-pembesar Melayu supaya dapat mengisi jawatan dalam perkhidmatan kerajaan British di Tanah Melayu. Namun akhirnya Kolej ini menerima pelajar-pelajar dari semua golongan asalkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran. Kolej ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin negara yang ulung termasuk Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar dan Allahyarham Tun Abdul Razak.


Peristiwa : 3.1.1946 : Penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor
Pada hari ini, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah ditubuhkan. Pergerakan ini adalah hasil gabungan 8 buah persatuan Melayu dan Perwakilan Daerah yang terdapat di negeri Johor. Ia dipimpin oleh Dato' Onn Bin Jaafar dengan tujuan menentang Malayan Union, menyatu dan mengawal keselamatan orang Melayu akibat pergaduhan kaum, mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagai badan yang bersuara dalam memperjuangkan hak-hak serta kehidupan orang-orang Melayu keseluruhannya


Peristiwa : 22.1.1946 : Surat Perintah Penubuhan Malayan Union Disiarkan
Satu perintah bagi pembantukan Malayan Union telah disiarkan dalam Warta Kerajaan yang dikenali sebagai Surat Perintah 6724. Berdasarkan surat ini Kertas Putih Malayan Union disediakan. Kertas Putih ini membentangkan dasar Malayan Union yang menyatakan bahawa baginda King mempunyai kuasa penuh ke atas negeri-negeri Melayu; Malayan Union akan ditadbir oleh Gabenor dengan sebuah Majlis Menyuarat Undangan dan Majlis Mesyuarat Kerja; setiap negeri akan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri yang mempunyai kuasa mentadbir dan membuat undang-undang; kedudukan Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat dikekalkan; Raja-raja Melayu menjadi ketua Majlis Penasihat Melayu dinegeri masing-masing dengan pelantikan ahli-ahlinya akan dilantik  dengan persetujuan Gabenor; dasar kerakyatan yang liberal dan meluas akan dilaksanakan dengan kuatkuasa perintah dengan nama Kerakyatan Malayan Union. Dasar kerakyatan ini tidak membezakan bangsa dan agama; sebuah mahkamah Tinggi akan ditubuhkan. Kertas Putih ini secara terang menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Inggeris dan memberi hak yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan , bangsa dan agama. Keadaan inilah yang mencabar kedudukan orang Melayu yang mundur keadaan berbanding bangsa lain ketika itu sehingga memaksa mereka bangun menentang Malayan Union bagi mendapatkan hak mereka.



Peristiwwa : 21.1.1948 : Pembubaran Malayan Union

Sir Edward Gent bagi pihak kerajaan British dan raja-raja Melayu menandatangani perjanjian pembubaran Malayan Union. Pembubaran ini memberi jalan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Malayan Union ditubuhkan antara Harold MacMichael dengan raja Melayu tanpa mengikut perlembagaan, tradisi dan kebudayaan orang Melayu hingga mendapat tentangan yang menyeluruh daripada penduduk Tanah Melayu. Tentangan ini semakin kuat dengan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Malayan Union bukan sahala ditentang oleh orang tempatan malah pegawai British yang berada di Tanah Melayu sendiri pun menentang dasar itu sehingga memaksa British membatalkan rancangan tersebut. 




Peristiwa  : 18.1.1956 : Persidangan Malaya Merdeka di London
Persidangan meja bulat dimulakan antara wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Persidangan ini berlangsung selama 3 minggu dan antara permasalahan yang dibincangkan ialah:

1. Malaya akan merdeka dalam lingkungan Komanwel British.
2. Hal-ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dikuasai oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu.
3. Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan-perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-raja Melayu.

Rombongan ini telah berjaya mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.



Peristiwa : 13.1.1957 : Perlembagaan Negeri Kedah 1848 Dipinda
Sultan Kedah, Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah meminda Perlembagaan Negeri Kedah (1848). Antara yang dipinda ialah menghapuskan jawatan Penasihat British yang diwujudkan di negeri Kedah melalui Perjanjian Bangkok 1909 yang meletakkan Kedah di bawah pengaruh British. Upacara ini berlangsung di Istana Chegar, Anak Bukit, Alor Setar yang dihadiri Oleh Raja Muda, Menteri Besar dan ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.



Peristiwa : 24.1.1959 : Pembukaan Rasmi Bank Negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah membuka dengan rasminya Bank Negara Tanah Melayu. Baginda mensifatkan upacara itu sebagai upacara penting selepas merdeka. Dalam titahnya, Baginda juga menyatakan bahawa bank negara mempunya penranan dan tanggungjawab yang besar dan berat dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan negara kerana ia berperanan sebagai Banker dan penasihat kewangan kepada kerajaan. 

Objektif utama penubuhan Bank negara ialah pengeluaran matawang, menjadi banker dan penasihat kewangan kepada kerajaan Persekutuan. Selain itu tujuannya ialah memperbaiki keadaan kewangan dan peneguhan kedudukan kewangan serta menyelenggara perkhidmatan kredit yang boleh mendatangkan manfaat kepada Persekutuan. W.H. Wilcock yang merupakan Penasihat Bank kepada kerajaan telah dilantik menjadi Gabenor Pertama Bank Negara.




Peristiwa : 4.1.1961 : Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ketiga
Pada hari ini, Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ketiga bagi Persekutuan Tanah Melayu. Upacara kebesaran ini berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Peristiwa  : 15.1.1965 : Pelancaran SEACON Bagi Kuala Lumpur, Singapura dan Jesselton
Sistem kebel telefon SEACOM bagi 3 kawasan ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Sistem kebel ini merupakan kendalian Jabatan Telekom Malaysia dan menggunakan sirkit yang bermutu tinggi yang bebas dari gangguan atmosperik. Kebel ini juga digunakan untuk perkhidmatan Telex ke luar negara.



Peristiwa  : 17.1.1962 : Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold
Kementerian Luar Negeri telah mengumumkan dengan rasminya pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold yang diketuai oleh Lord Cobbold. Antara ahlinya ialah Sir Anthony Abell, Dato' Wong Pow Nee, Encik Muhammad Ghazali bin Shafie, dan Sir David Watherston. Setiausaha Suruhanjaya ini ialah I.H. Harris dari Pejabat Tanah Jajahan British. Tugas suruhanjaya ini ialah untuk memastikan bahawa persetujuan yang dicapai antara British dengan Persekutuan Tanah Melayu mengenai kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Suruhanjaya akan melakukan tinjauan dan memastikan kehendak-kehendak rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan gagasan Malaysia serta membuat usul berdasarkan pendapat dan kehendak rakyat dua negeri tersebut.


Peristiwa : 19.1.1962 : Dato' Onn Meninggal Dunia
Dato' Onn bin Jaafar merupakan seorang pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung apabila berjaya meniup semangat kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu. Beliau juga merupakan orang bertanggungjawab menumbangkan Malayan Union. Sebagai Pengasas UMNO, beliau telah dipilih menjadi Presiden UMNO yang pertama pada 11 Mei 1946. Namun beliau telah bertindak keluar daripada UMNO apabila berselisih faham dengan beberapa pemimpin UMNO yang lain berkaitan dengan pembukaan keahlian UMNO kepada bangsa-bangsa lain. Beliau kemudiannya telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi parti tersebut hanya bertahan selama 3 tahun. Pada Mac 1954 beliau menubuhkan pula Parti Negara dan dalam pilihanraya 1959, Parti Negara telah memenangi Pilihanraya Umum Persekutuan dan membolehkan Dato' Onn dilantik menjadi anggota Parlimen.

Beliau telah dilahirkan pada 1895 di Johor Bharu dan mempunyai 15 adik beradik. Sejak kecil beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat dan diasuh dengan layanan diraja. Beliau juga telah mendapat pendidikan daripada timur dan barat sehingga menyebabkan beliau mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi. Beliau sentiasa memperjuangkan kedudukan orang Melayu agar sejajar dengan kedudukan bangsa lain di dunia. Pemergiannya pada umur 67 tahun diterima dengan perasaan sedih seluruh penduduk Tanah Melayu.


Peristiwa : 5.1.1971 : Darurat Banjir Diisytiharkan di Seluruh Negara
Pada hari ini, hampir seluruh negara ditenggelami air dan banyak kerosakan harta benda berlaku. Ramai juga rakyat yang terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat. Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri ketika itu telah mengisytiharkan darurat banjir dengan melantik dua jawatankuasa kabinet iaitu Jawatankuasa Bantuan dan Pemulihan Banjir dan Jawatankuasa Penaksiran Kerosakan.


Peristiwa  : 12.1.1971 : Perdana Menteri British Yang Pertama Kali Melawat Malaysia
Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, Perdana Menteri British, Mr Edward Heath melawat Malaysia. Perdana Menteri itu singgah dalam perjalanan menghadiri Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Singapura yang berlangsung dari 14 Januari hingga 22 Januari 1971. Persidangan tersebut juga merupakan persidangan kali pertama yang dihadiri oleh Tun Abdul Razak sejak beliau menjadi Perdana Menteri.


Peristiwa  : 23.1.1971 : Tun Badul Razak Mengambil Alih Pucuk Pimpinan UMNO
Perhimpunan Agung Ke-22 UMNO telah melantik Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein menjadi Presiden UMNO dan Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya. Dalam perhimpunan ini Tun Razak telah mengumumkan strategi yang realistik untuk mencapai kedua-dua matlamat Dasar Ekonomi Baru. Beliau berjanji akan membasmi kemiskinan, meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dengan cara memperhebat rancangan pertanian dan perusahaan, menwujudkan golongan pengusaha dan peladang dan menyusun semula masyarakat diluar bandar yang bergantung kepada pertanian tradisi.

 
Peristiwa : 8.1.1972 : Pembukaan Rasmi Maktab Turus Angkatan Tentera
Maktab ni telah dibuka oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein. Maktab ini disifatkan sebagai peringkat lanjutan kepada Maktab Tentera Diraja bagi melahirkan pegawai yang bertauliah. Sebelum ni pegawai turus dilatih di luar negara seperti di Australia, Amerika, India, Indonesia dan Canada. Oleh itu maktab ini ditubuhkan bagi usaha membangunkan negara bangsa terutamanya dalam angkatan tentera sendiri.


Peristiwa : 7.1.1978 : Perasmian Terowong dan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
Pada hari ini, Terowong Karak - Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya kepada lalu lintas oleh Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Haji Abdul Ghani Gilong. Lebuhraya ini mempunyai terowong sepanjang 3000 kaki dan panjang lebuh raya ini adalah 47 batu. Pembinaan telah mendekatkan jarak Karak dengan Kuala Lumpur sebanyak 7 batu dan pembinaannya melibatkan perbelanjaan sebanyak $136.4 juta. Terowong dilengkapi dengan kamera televisyen gerak-sendiri yang dikawal dan dipancarkan dari rumah kawalan dan juga dilengkapi dengan alatan bomba.



Peristiwa  : 14.1.1976 : Tun Abdul Razak Meninggal Dunia
Perdana Menteri Malaysia Kedua meninggal dunia di London. Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1942 di Pulau Keladi, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Pekan. Kemudian, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pentadbir dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (MAS). Pada tahun 1940, beliau mendapat biasiswa untuk menuntut di Raffles Collage Singapura dan seterusnya melanjutkan lagi pengajiannya dalam jurusan undang-undang di Lincolns Inn, London. Beliau merupakan tokoh politik yang sangat berkaliber dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh penduduk Malaysia.

































Tiada ulasan: