PROFIL KEMENTERIAN

PENGENALAN
 
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan pada bulan Julai 1957 iaitu sebulan sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. JPM merupakan sebuah Kementerian terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai agensi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama kerajaan. Sehingga kini, terdapat 57 buah jabatan dan agensi di bawah JPM yang merangkumi lima buah Agensi Pusat, sembilan buah Suruhanjaya dan empat buah Badan Berkanun. Agensi baru di bawah JPM yang ditubuhkan pada 2010 adalah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Unit Perlindungan Saksi (UPS), Talent Corporation Malaysia Bhd dan Unit Inovasi Khas (UNIK). Skop fungsi JPM boleh dirumuskan kepada 7 bidang utama iaitu:

• Perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosioekonomi;
• Perancangan dan pengurusan sumber manusia sektor awam;
• Pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam;
• Pengurusan keselamatan negara;
• Pengurusan hal ehwal perundangan dan kehakiman;
• Hal ehwal perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
• Pelaksanaan fungsi-fungsi khas.

AGENSI BARU DITUBUHKAN PADA 2010
 
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
TalentCorp ditubuhkan untuk mengenalpasti, menyelaras dan melaksanakan inisiatif bagi memenuhi keperluan untuk membangun dan menarik modal insan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh negara. TalentCorp yang mula beroperasi pada Januari 2011 juga berperanan menjalin kerjasama erat dan berkesan dengan pakar global, syarikat terkemuka serta agensi kerajaan yang berkaitan dalam menggerakkan agenda modal insan bagi menyokong aspirasi Malaysia untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

Talent Corporation Malaysia Berhad, Aras 28, Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2119 0160 .Faks: 03-2119 0030. Laman web: http://www.talentcorp.com.my Emel: info@talentcorp.com.my

Unit Inovasi Khas (UNIK)
UNIK ditubuhkan untuk memperkasakan strategi dan dasar yang akan membantu memupuk inovasi ke dalam “jiwa” Malaysia. Penubuhan UNIK bertujuan memacu agenda inovasi nasional bagi pencapaian objektif-objektif menjana kekayaan gelombang baru dan penambahbaikan sosial melalui Inovasi. UNIK berperanan untuk mengenal pasti serta mengamalkan amalan-amalan dan kaedah-kaedah terbaik dari serata dunia yang berkaitan dengan matlamat Inovasi. UNIK adalah pelengkap kepada Pusat Inovasi Kebangsaan (NIC) di mana ia akan beroperasi sebagai perancang strategi manakala NIC berperanan sebagai bahagian pelaksanaan.

Unit Inovasi Khas, Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 1454. Fax: 03-8888 3436

Unit Perlindungan Saksi (UPS)
UPS mula beroperasi sejak 15 April 2010 dan ditubuhkan selaras dengan Akta Perlindungan Saksi 2009 telah diluluskan di Parlimen pada 30 April 2009. Akta ini digunapakai oleh mana-mana Agensi Penguatkuasaan dalam melindungi saksi. Dengan visi untuk menjadi agensi ulung yang menyumbang kepada keutuhan sistem pentadbiran keadilan jenayah negara dan misi untuk menguruskan program perlindungan saksi secara komited berdasarkan kepada kehendak undang-undang, masyarakat dan negara, UPS berperanan mengatur atau memberi perlindungan keselamatan dan kebajikan serta memastikan keselamatan semua dokumen dan maklumat berkaitan saksi terjamin dan dilindungi sewajarnya.

Unit Perlindungan Saksi, Aras 8, Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692, Putrajaya. Tel: 03-8885 1990. Faks: 03-8885 1989

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
SIAP diwujudkan sebagai badan pemantau terhadap aduan orang ramai mengenai salah laku dan tatatertib pegawai penguatkuasaan. SIAP ditubuhkan pada 2010 melalui Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 bagi menggantikan Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas dan Salah Laku Polis 2007. SIAP mengawasi semua agensi penguatkuasa kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Agensi yang terlibat ialah Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Buruh, Jabatan Penguatkuasa Kementerian Kesihatan, Unit Penguatkuasa Pelesenan Kementerian Pelancongan, Jabatan Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pelesenan dan Kenderaan Komerial dan Pendaftar Perniagaan.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Aras 9, Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62552 Putrajaya. Tel: 03-8888 6220 Faks: 03-8888 6618

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
SPAD adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, ditubuhkan pada 3 Jun 2010 dan mula beroperasi secara rasmi pada 31 Januari 2011. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi. Misi SPAD ialah untuk memastikan pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharapkan, efisien, responsif, mudah diperolehi, terancang, bersepadu dan mapan mencukupi, di samping memastikan khidmat pengangkutan penumpang dengan kos yang berpatutan dan khidmat pengangkutan barangan yang kompetitif.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03–2268 5782. Faks: 03–2272 3744. Talian Bebas Tol:1800-889-600

SURUHANJAYA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Antara fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia; menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-2612 5600. Faks: 03-2612 5620. Laman web: http://www.suhakam.org.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Fungsi SPRM antaranya ialah menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; dan mendidik orang ramai untuk menentang rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya. Tel: 03-8886 7000. Faks: 03-8888 9562. Laman web: http://www.sprm.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
SPA berperanan meliputi perkara-perkara melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar serta menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai yang berada dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel: 03-8885 6000. Faks: 03-8888 5036. Laman web: http://www.spa.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
SPP ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah, supaya berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Secara umumnya, SPP membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan fungsi SPP.
Majlis Perasmian Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Aras 1 - 3, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62526 Putrajaya. Tel: 03-8871 7300. Faks: 03-8871 7499. Laman web: http://www.spp.gov.my.
 
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
SPR ialah sebuah badan berperlembagaan yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Suruhanjaya ini ditubuhkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi utama SPR ialah menjalankan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, menyediakan daftar pemilih dan menjalankan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih sepanjang tahun.
 
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. Tel: 03-8885 6500. Faks: 03-8888 9117. Laman web: http://www.spr.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan (SPKP)
SPKP adalah agensi yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan dalam jawatan, memasukkan ke dalam perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman & Perundangan, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel : 03-8885 6000. Faks: 03-8888 5036. Laman web: http://www.spkp. gov.my
 
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
SPK telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009. Pada 11 Februari 2009, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya ini.
 
Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62506 Putrajaya. Tel: 03-8880 3545/46. Faks: 03-8880 3549. Laman web: http://www.jac.gov.my
 
AGENSI PUSAT

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA berperanan sebagai agensi personel sektor awam yang berprestasi tinggi dalam penyediaan sumber tenaga manusia serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Tel: 03-8885 3000/4000. Faks: 03-8889 1968. Laman web: http://www.jpa.gov.my

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU)
ICU ditubuhkan pada 1 Julai 1971. Unit ini berperanan untuk menyelaras, memantau dan menilai dasar dan projek pembangunan; bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara dan beberapa jawatankuasa Kabinet yang lain; membangun, mengurus dan memastikan fungsi sistem Pemantauan Projek SPP II berfungsi dengan baik; mengurus dan menyelaras projek Khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Senator dan Ahli Parlimen.

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Ketua Pengarah, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 1957. Faks: 03-8888 3528. Laman web: http://www.icu.gov.my
 
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
UPE merupakan agensi perancang utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan untuk negara. Setelah lebih 40 tahun penubuhannya, terdapat penambahan fungsi Unit Perancangan Ekonomi oleh sebab perubahan yang dititikberatkan dalam polisi pembangunan.
Unit Perancang Ekonomi, Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 3333. Faks: 03-8888 3755. Laman web: http://www.epu.gov.my
 
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Pada awal penubuhannya, MAMPU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia Malaysia. Pada tahun 1986, fungsi perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi lain dan selanjutnya fungsi MAMPU tertumpu khusus kepada pemodenan tadbiran dan perunding cara pengurusan bagi Perkhidmatan Awam. Nama rasminya pula ditukarkan kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
 
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 3000. Faks: 03-8888 3721. Laman web: http://www.mampu.gov.my
 
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
UKAS adalah agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek penswastaan, Public Private Partnership (PPP) dan projek kerjasama sektor awam-swasta yang memberi impak kepada ekonomi negara dan boleh diberi suntikan facilitation fund. Sejak program penswastaan diperkenalkan pada 1983 sehingga April 2009, sebanyak 500 projek penswastaan telah dilaksanakan di seluruh negara. Kerajaan telah mendapat manfaat dalam bentuk penjimatan perbelanjaan modal sebanyak RM161 bilion dan perbelanjaan mengurus (operasi) tahunan sebanyak RM7.79 bilion (atau dianggarkan sebanyak RM200 bilion sepanjang tempoh 25 tahun).
 
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Seksyen Khidmat Korporat, Aras 2-4,7,10 & 14, Blok Menara, Lot 2G6, No 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya. Tel: 03-8880 5800. Faks: 03-8880 5810. Laman web: www.3pu.gov.my
 
JABATAN/AGENSI

Pentadbiran Am JPM (PAJPM)
PAJPM diwujudkan sebagai ibu pejabat JPM yang menjadi nadi kepada aktiviti-aktiviti di JPM keseluruhannya. PAJPM ditadbir oleh Timbalan Ketua Setiausaha bertanggungjawab untuk mengendalikan hal-ehwal pentadbiran am, perkhidmatan, perjawatan, kewangan, keselamatan dan kebajikan bagi keseluruhan JPM dan agensi-agensi di bawahnya.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri, Aras 4, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya Tel: 03-8872 1957 Faks: 03-8888 3904 Laman Web : http://www.jpm.gov.my

 
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU)
PEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara, menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). PEMANDU diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian sektor awam dan sektor swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan, penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62502 Putrajaya Tel: 03-88727237 Faks: 03 8888 7107 Laman Web: http://www.pemandu.gov.my E-mel: enquiries@pemandu.gov.my
 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Antara peranan utama agensi ini ialah menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas; dan mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.
 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tingkat 4-11, One IOI Square, IOI Resort, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8995 7000. Faks: 03-8947 3601. Laman web: http://www.mmea.gov.my
 
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
BHEUU berperanan menyelia pentadbiran jabatan-jabatan di bawahnya dan merancang pembangunan mahkamah serta mengkaji dan mencetus inisiatif baru ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan negara dengan cekap, tepat dan berkesan.
 
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Aras 4-7, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1048/8885 1051. Laman web: http://www.bheuu.gov.my
 
Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Bahagian ini berperanan untuk menerajui, menasihati dan menguruskan hal ehwal istiadat protokol negara, pengurniaan darjah dan bintang kebesaran negara, lawatan pembesar-pembesar luar negara dan pembesar-pembesar dalam negara, persidangan antarabangsa dan pengurusan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Blok B3, Aras 5-6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 7201. Faks: 03-8890 2429. Laman web: http://www.biupa.jpm.my
 
Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP)
BKPP merupakan antara bahagian yang terawal wujud dalam JPM. Antara fungsi utama bahagian ini ialah menguruskan Mesyuarat Jemaah Menteri; urusan mesyuarat-mesyuarat tertinggi kerajaan; dan urusan pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Urusan Parlimen.
Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Kabinet Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 1957. Faks: 03-8889 3090. Laman web: http://www.kabinet.jpm.my
 
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1957 dan ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan. Bidang tugas utama bahagian ini ialah menguruskan kuarters, rumah peranginan, ruang pejabat, promosi gelanggang dan dewan.

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Blok B3, Aras 4&7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. Tel: 03-8880 0000. Faks: 03-8888 3032. Laman web: http://www.bph.gov.my

Biro Bantuan Guaman (BBG)
BBG berperanan memberi nasihat dalam semua perkara undang-undang, mewakili atau memberi bantuan guaman dalam semua peringkat perbicaraan mahkamah tentang semua perkara yang termaktub dalam bidang kuasa Biro sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971. Biro juga memberi khidmat pengantaraan serta penerangan kepada orang ramai tentang undang-undang di bawah bidang kuasanya.

Biro Bantuan Guaman, Aras 1, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8888 3791. Laman web: http://www.bheuu.gov.my/bbg
 
Biro Pengaduan Awam (BPA)
BPA menjadi pusat tumpuan pengaduan awam dan bertanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam dengan fungsi-fungsi seperti menerima aduan awam mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan dan menyiasat aduan awam yang mempunyai asas. Sesuatu pertikaian akan diselesaikan secara sukarela, cepat, sulit dan tanpa perlu kepada perbicaraan.

Biro Pengaduan Awam, Aras 6, Blok B1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 7777. Faks: 03-8888 7778/3748. Laman web: http://www.bpa.jpm.my
 
Biro Tatanegara (BTN)
BTN berperanan menjadi sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan. BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. BTN ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Biro Tatanegara (BTN), Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 6320. Faks: 03-88883451/58. Laman web: http://www.btn.gov.my

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965, bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-6204 6200. Faks: 03-6201 4189. Laman web: http://www.ikim.gov.my

Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP)
ILKAP berperanan meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan, serta penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8924 3400. Faks: 03-8926 1231. Laman web: http://www.ilkap.gov.my

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
INTAN adalah sebuah pusat latihan yang berperanan menyediakan latihan berkesan dan berkualiti kepada anggota perkhidmatan awam dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Kursus ini meliputi 40 peratus peringkat pengurusan dan 60 peratus peringkat kumpulan sokongan.

Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2084 7777. Faks: 03-2093 1403. Laman web: http://www.intanbk.intan.my
 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Antara peranan JAWI ialah memberi pendidikan serta menyediakan keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan; pengurusan kariah masjid yang lebih teratur; menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan; pengurusan saudara baru yang lebih konsisten; pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal; dan penguatkuasaan dan pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50519 Kuala Lumpur. Tel: 03-2274 9333. Faks: 03-2273 1575. Laman web: http://www.jawi.gov.my
 
Jabatan Audit Negara
Jabatan ini berperanan melakukan pemeriksaan, analisa dan penilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan dan prosedur dipatuhi.

Jabatan Audit Negara, No 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, 62518 Putrajaya. Tel: 03-8889 9000. Faks: 03-8888 9703. Laman web: http://www.audit.gov.my
 
Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)
Fungsi JIM adalah mentadbir hal ehwal si berhutang dan si bankrap; sebagai pelikuidasi bagi syarikat-syarikat yang digulung serta mengawal kegiatan pelikuidasi luar; mentadbir hal ehwal pertubuhan yang dibatalkan; mentadbir hal ehwal kesatuan sekerja dan perkara-perkara berkaitan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959; dan menjalankan pendakwaan di mahkamah seluruh Malaysia.

Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 2 & 3, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1303. Laman web: http://www.bheuu.gov.my/jim
 
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Antara peranan JKSM ialah menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan penyelarasan prestasi organisasi Mahkamah Syariah di negeri-negeri; menyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman syariah bagi diterima pakai oleh negeri-negeri; dan mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima Skim Perkhidmatan Guna Sama Pegawai Syariah dan Skim Perkhidmatan Guna Sama Kakitangan Mahkamah Syariah.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62677 Putrajaya. Tel: 03-8886 4800. Faks: 03-8889 1627. Laman web: http://www.jksm.gov.my
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
JAKIM berperanan sebagai sebuah yang unggul dalam menguruskan pembangunan hal ehwal Islam ke arah melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia. Terdapat pelbagai bahagian di bawah JAKIM antaranya Bahagian Dakwah; Bahagian Perkhidmatan ICT; Bahagian Latihan; Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa; Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran; dan Bahagian Hab Halal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 4-9 Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. Tel: 03-8886 4000. Laman web: http://www.islam.gov.my
 
Jabatan Parlimen Malaysia
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

Jabatan Parlimen Malaysia, Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur. Tel: 03-2072 1955. Faks: 03 2070 4676. Laman web: http://www.parlimen.gov.my
 
Jabatan Peguam Negara
Antara fungsi jabatan ini ialah memberi khidmat nasihat kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai semua perkara perundangan; mengendalikan pendakwaan dan memberi nasihat serta arahan pendakwaan kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan; dan memberi khidmat nasihat dan mewakili Kerajaan Persekutuan dalam semua prosiding sivil.

Jabatan Peguam Negara, Aras 1-8 Blok C3, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62512 Putrajaya. Tel: 03-8885 5000. Faks: 03-8888 9362. Laman web: http://www.agc.gov.my
 
Jabatan Perangkaan Malaysia
Fungsi utama jabatan ini adalah mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian dan lain-lain.

Jabatan Perangkaan Malaysia, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 Putrajaya. Tel: 03-8885 7000. Faks: 03-8888 9248. Laman web: http://www.statistics.gov.my
 
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Jabatan ini berperanan untuk memupuk kesefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional.

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri), Aras 7-10, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03 8883 7000. Faks: 03 8888 8584. Laman web: http://www.jpnin.gov.my
 
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Penubuhan jabatan ini bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Aras 7 Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8883 7400. Faks: 03-8883 7406. Laman Web: http://www.jawhar.gov.my
 
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Bidang kuasa dan fungsi LPKP sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Akta 334) antaranya adalah membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor industri kenderaan perdagangan melalui latihan dan program pembangunan usahawan; menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru; dan membaharui dan mengubah syarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung.

Ibu Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Aras 4, Blok Podium, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62652 Putrajaya. Tel: 03-03-8880 5474/5475. Faks: 03-8880 5621. Laman web: http://www.lpkp.gov.my
 
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)
MSWP komited untuk memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan kes mal, jenayah dan faraid yang berkualiti serta berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
 
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur. Tel: 03-2273 3788. Faks: 03-2273 4308. Laman web: http://www.mswp.gov.my
 
Majlis Keselamatan Negara
Agensi ini bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara termasuk ancaman keganasan, pendatang tanpa izin, pelarian, keselamatan maritim, pelanunan, ketenteraman awam dan pengurusan bencana. Selain isu ancaman keselamatan tradisional, isu ancaman bukan tradisional juga menjadi antara fokus utama agensi ini berikutan perkembangan semasa global yang melibatkan keselamatan makanan, tenaga dan siber.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Aras LG & G, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-88726817. Faks: 03-88883021. Laman web: http://www.mkn.gov.my
 
Pejabat Perdana Menteri
Pejabat ini berperanan menjalankan “staff functions” dan tugas-tugas mengenai bidang-bidang tertentu yang diarahkan oleh Perdana Menteri; menguruskan rancangan kerja dan pengurusan pejabat; menyedia dan menyelaras penyediaan ucapan, kata-kata aluan dan lain-lain bentuk penyataan oleh Perdana Menteri dan menjamin liputan media massa yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 8000. Faks: 03-8888 3444. Laman web: http://www.pmo.gov.my

 
Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Pejabat Ketua Setiausaha Negara mempunyai peranan dan tanggungjawab penting antaranya ialah memberi perkhidmatan sokongan terbaik kepada Ketua Setiausaha Negara dalam membantu beliau melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Mesyuarat Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri dan memastikan semua ulasan, aduan dan maklum balas yang diterima dari pelanggan diberi perhatian sewajarnya.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 1480. Faks: 03-8888 3382. Laman web: http:// www.pmo.gov.my/ksn

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Fungsi utama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan ialah menyedia dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan; memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan daripada aspek fizikal, dokumen, personel, dan keselamatan ICT; dan menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan.

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Aras 1 dan 2, Blok B7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 1255. Faks: 03-8888 3258. Laman web: http://www.cgso.gov.my
 
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Pejabat ini berperanan memastikan khidmat sokongan perundangan adalah cekap dan berkesan untuk membolehkan mahkamah menyelesaikan kes dengan lancar dan memastikan mahkamah mempunyai sumber manusia, kewangan, kemudahan fizikal, peralatan dan perkhidmatan teknologi maklumat yang mencukupi serta sesuai untuk melaksanakan fungsi dan tugasnya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya. Tel: 03-8880 3500. Faks: 03-8880 3886. Laman web: http://www.kehakiman.gov.my
 
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat ini berperanan antaranya sebagai penasihat D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan kerajaan dalam perkara-perkara berkaitan Islam yang meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi, kewangan dan isu-isu semasa; menjadi pusat maklumat yang sistematik berkaitan kefatwaan di Wilayah Persekutuan; dan mengeluarkan panduan-panduan kefatwaan untuk masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terutamanya berkaitan dengan masalah semasa yang sangat memerlukan panduan yang lengkap dan jelas.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Tkt.10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 3137. Faks: 03-2272 3126. Laman Web: http://www.muftiwp.gov.my
 
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Persekutuan Sabah ditumpukan kepada dua aspek utama iaitu untuk bertindak sebagai saluran antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta sebagai pemudah cara pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 488881/488887. Faks: 088-488889. Laman Web: http://www.sabah.gov.my/psup
 
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
Antara peranan Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah menentukan tugas, peranan dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap Sarawak melalui jabatan/badan berkanun dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan; bertindak sebagai pemudah cara pelaksanaan projek pembangunan persekutuan; dan menguruskan Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak. Tel: 082-417733. Faks: 082-419452. Laman web: http://www.supsrwk.gov.my
 
Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri
Pejabat ini menjadi rujukan utama bagi mendapatkan segala maklumat mengenai bekas-bekas Perdana Menteri selain merupakan pusat utama bagi penyelidikan kepimpinan di Malaysia.

Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya. Tel: 03-8885 8900. Faks : 03-8889 1166. Laman web: http://www.perdana.org.my
 
Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
Pentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi lima bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan Bahagian Audit Dalam. Kesemua lima bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang.Struktur ini berkuat kuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007 dan A 90 Tahun 2007.

Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Blok B8, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel : 03-8888 1957. Faks : 03-8888 3904. Laman web: http://www.pajpm.gov.my
 
Unit Seranta (FELDA)
Unit Seranta (FELDA) telah ditubuhkan pada Mei 1981. Seranta bermaksud pegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi/institusi yang dianggotainya dengan orang ramai serta meningkatkan imej organisasi/institusi yang berkenaan. Antara bidang tugas unit ini ialah memantau sosiopolitik warga FELDA yang keseluruhannya berjumlah hampir 1.35 juta orang.

Pejabat Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4405. Faks: 03-8888 6632. Laman web: http://seranta.jpm.my
 
Unit Kawal Selia FELDA
Mulai 1 Mac 2004, FELDA telah diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan dipertanggungjawabkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri. Kesinambungan daripada itu, pada 30 Jun 2004, Unit Kawal Selia FELDA (UKSF) ditubuhkan. Mulai 3 April 2009, FELDA dan Unit Kawal Selia FELDA diletakkan di bawah tanggungjawab Perdana Menteri. Unit ini berperanan menyediakan khidmat kawal selia yang berkualiti dan penuh kebertanggungjawaban kepada Perdana Menteri untuk beliau melaksanakan tanggungjawab perundangan dan membuat keputusan dasar yang berhemah bagi manfaat warga FELDA.

Unit Kawal Selia FELDA, B3, Aras 4,Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4800. Faks: 03-8888 0734. Laman web: http://www.uksf.gov.my.

Sekretariat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)
PERMATA adalah hasil ilham Datin Paduka Sri Rosmah Mansor. Program ini menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mengeksperimen dan mengalami melalui permainan.

Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri, W101, Tingkat 1, Blok 3440, Enterprise Building 1, Jalan Teknokrat 3. 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8319 4000. Faks: 03-8319 4001. Laman web: http://www.permata.jpm.my

BADAN BERKANUN
 
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Antara fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah; memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan FELDA; dan melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan FELDA.
 
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2693 5066. Faks: 03-2692 0087. Laman web: http://www.felda.net.my
 
Lembaga Tabung Haji (TH)
Sejarah penubuhan TH bermula dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji pada November 1962, dan beroperasi pada 30 September 1963. Tabung Haji beroperasi berlandaskan kepada tiga aktiviti utama iaitu tabungan, pelaburan dan haji.

Lembaga Tabung Haji, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ihsan. Tel: 03 7874 1033. Faks: 03-7877 1414. Laman web: http://www.tabunghaji.gov.my
 
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan bagi menggerak, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda Integriti Nasional melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Penubuhan IIM diumumkan secara rasmi pada 23 April 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah; mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti; menganjurkan persidangan, seminar, forum dan latihan; menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak; melaksanakan program-program latihan dan pendidikan ; dan mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi meningkatkan integriti dan etika.

Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-62092000 Faks: 6203 1005. Laman web: http://www.iim.com.my
 
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
PERDA berperanan memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan tempat tinggal, pertanian dan perindustrian dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
 
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang. Tel: 04-3141 100. Faks: 04-310 3178. Laman web: http://www.perda.gov.my