Anak Satu Anugerah
Semalam, Kakba mengajar anak
sulung menulis. Pening jugak memikirkan pendekatan yang sesuai agar
memudahkan kefahaman dia. Baru tersedar betapa payahnya seorang pendidik
memastikan info pengajarannya sampai kepada murid-murid dalam kelas
lebih-lebih lagi jika bilangannya yang ramai. Baru seorang dah pening.
Tahap kesabaran jugak perlu tinggi. Kalau tahap pemahaman sama boleh
tahan jugak. Dalam satu kelas mana mungkin semuanya sama. Anak Kakba
sendiri sudah 6 tahun masih tergagah-gagah memahami cara penulisan yang
betul. Yang membuatkan Kakba tambah pening dia boleh keliru nak tulis ke
kanan ke kekiri. Salah kakba jugak sebab tak tengok dari awal kemampuan
dia. Hantar sekolah tadika Islam hingga menyebabkan banyak kekeliruan
yang tidak termampu olehnya terpaksa ditanggung. Kesian anak yang sangat
lembut hatinya.
Tapi kakba masih bernasib baik kerana cepat tersedar. Tahun ni kakba hantar sekolah tadika biasa yang hanya mengajar yang asas membaca dan mengira. Harap-harap kekeliruan yang timbul akan lenyap. Jika disingkap sejarahnya, anak sulung kakba ini bernasib baik dapat hidup sebagai anak yang normal. Diawal kelahirannya, dia lahir dalam keadaan yang senyap dan sudah lebam. Terus masuk NICU selama lapan hari. Hancur luluh hati melihatnya dalam kaca dengan wayar bersirat sana-sini. Pusat dipotong rapat bagi membolehkan bekalan makanan terus disalurkan melaluinya. Ubat menahan sawan dibekal dalam dua tiup. Doktor memberitakan kelahirannya dengan pelbagai kesan. Hampir sawan, jantung lemah, jangkitan paru-paru dan lebih membimbangkan kesan oksigen yang tidak sampai ke otak ketika kelahiran yang mungkin menganggu tumbesarannya. Alhamdulillah dalam masa lapan hari anak ini yang diberi nama Nur Faiqah Dayana yang bermaksud cahaya yang terang benderang ini mampu survive. Jauh disudut hati Kakba, terima kasih Allah atas kurnian ini dan aku redha dengan segalanya. Tahun demi tahun, setiap enam bulan dia perlu rawatan susulan untuk melihat perkembangannya dan sejak empat tahun doktor mengesahkan dia mampu hidup normal.
Berbalik kepada cerita persekolahan dia, Kakba sedar bahawa keupayaan dia tidak mampu mengalas terlalu banyak task dalam satu masa. Jika disekolah lama dia terpaksa berhadapan dengan terlalu banyak subjek dengan arab, jawi, hafalan selain yang asas menyebabkan anak ini dalam kekeliruan. Salah ibu tidak mengukur baju di badan sendiri. Tapi nak dijadikan alasan mana nak tahu keupayaan sebenar jika tidak dicuba dahulu. Itulah hidup namanya. Penuh dengan percaturan.
Harap-harap dengan tindakan ini dia mampu menguasai yang asas dahulu iaitu membaca dan mengira. Kak ba tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Walaupun apa pencapaiannya Kakba sedar dan redha. Itulah ketentuan ilahi atas anugerahnya. Syukur atas segalanya. Dapat anak yang sihat dan sangat lembut hatinya sudah cukup membahagiakan.

Cuti-Cuti Malaysia
Sedar tak sedar kita dah sampai
hujung tahun. Bulan Mac nanti Kak Ba dah nak bersalin. harap semuanya
OK. tapi yang sedih tu kali ni merupakan kali pertama Kak Ba akan
berpantang tanpa Mak. Anak yang kedua tu walaupun mak dah sakit tapi
sempat juga sampai hari yang ke 44. Sedih jugak rasanya. Maklumlah semua
kene buat sendiri. Jaga diri sendiri. Jaga anak sendiri. Tah lah. Tak
tahu macam maner nanti. Harap-harap suami kesian la kat kita ni. Minggu
depan Raya Haji. Tak sabo nak balik kampung dan seterusnya pi bercuti
dengan adik beradik kat Langkawi. Banyak makan belanja tapi mesti syok.
Selamat bercuti pada semua...
Penulisan dan Pemikiran
Dalam dunia penerbitan hari ini
masalah yang utama yang dihadapi oleh ramai pulis ialah melahirkan apa
yang difikirkan dalam bentuk penulisan. Bukan tugas mudah. Mungkin orang
akan kata tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran tetapi yang
menjadi persoalan pokok ialah adakah orang yang membaca akan mendapat
maklumat yang sama dengan yang sepatutnya mereka dapat hasil pemikiran
penulis tersebut? ha...disinilah masalahnya yang payah lagi susah. Kadangkala kita tulis apa yang kita fikir orang akan faham tetapi
sebenarnya kita tulis berlainan dengan fahaman sebenarnya kita sendiri. Ayat-ayat yang digunakan tidak membawa maksud sebenar. Mungkin benar
pendapat yang menyatakan bahawa bakat semula jadi juga faktor penyumbang
kepada keberkesanan hasil tulisan seseorang. Ada orang dengan mudah
mengungkap apa yang difikirkan dalam bentuk tulisan. Ada pula orang yang
bijak pandai bila berbicara tetapi bila menulis sukar benar mencari apa
sebenarnya yang cuba disampaikan.
Korban dan Terkorban
Kita baru sahaja menjalankan
ibadan korban sejajar dengan sambutan hari raya korban Jumaat lalu (27
Nov 2009). Bila musim perayaan tiba, kita sering menghidangkan dengan tragedi
kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Yang menjadi persolannya ialah
sampai bila angka korban itu akan terus meningkat dan terus meningkat. Walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan, namun angka tersebut
tidak menunjukkan satu angka yang boleh membuat seseorang tersenyum
melainkan tangisan yang menjadi igauan. Kalau individu yang menyebakan
kematian itu seperti pemandu yang mabuk atau membawa terlalu laju
hingga hilang kawalan yang meninggal dunia mungkin itu adalah atas
balasan perbuatannya. Namun jika disebabkan sikap mereka-mereka itu,
orang lain yang menjadi mangsa, apa pula hak mereka untuk "menyabut
nyawa' orang lain atas kerakusan diri. Fikirkan bersama....
*Kak ba selalu fikir kalau orang perempuan mengandung anak luar nikah, perempuan tu kena tindakan mahkamah. Lelaki yang bertanggungjawab lepas bebas. Kalau orang yang menyebabkan kemalangan masih di atas jalan raya tetapi mangsanya di alam barzah. Ahli keluarga yang tinggal yatim piatu dan hidup merana. KEJAM...

Sahabat
Dalam alam cyber ini semua
kemungkinan boleh berlaku. Sepertinya tidak percaya sahabat yang satu
masa dahulu seorang yang lemah, sering kali gagal dan tidak bersemangat
untuk menempuhi kehidupan, kini berdiri gah sebagai jagoan. Dalam tak
sedar Kakba bangga memiliki sahabat yang sedemikian. Ini menunjukkan
bahawa di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Tidak akan ada
manusia yang suka berada di takuk lama selama-lamanya. Pasti inginkan
pembaharuan. Pasti inginkan peningkatan. Jika dahulu sahabat Kakba itu
kelihatannya tidak menampakkan sebarang kejayaan yang bakal ditempuhinya
tetapi hari ini namanya sudah besar dalam bidangnya. Namanya sudah gah
dipersadanya. Tahniah sahabat.
Cuti-cuti Malaysia 2
Selamat bercuti Kak Ba ucapkan
kepada semua rakan yang sedang menghabiskan cuti tahunan masing-masing.
Bagi yang cuti dah abis, bawak-bawak la insaf. Jangan ambik MC pulak.
Dalam keadaan terdesak ada yang sanggup membeli MC tipu yang boleh
didapati di kedai burger. Aper citer ni...jangan jatuhkan maruah
perkhidmatan awam dengan benda-benda macam ni. Orang disekeliling kita
sentiasa memerhatikan kita sama ada apa yang kita laungkan sama dengan
apa tindakan kita. Jika kepimpinan kita menjanjikan transformasi dalam
perkhidmatan, mengapa kita masih membawa sikap lapok yang merugikan
itu..cukup-cukup la aper yang dilemparkan selama ini kepada perkhidmatan
awam.....berilah nafas baru....berilah identiti baru...dan berikan
harapan yang baru....
Bonus 20 Sen
Awal tahun ini negara
dihidangkan dengan pengumuman kenaikan harga gula dari RM 1.45 kepada RM
1.65. Sejajar dengan kenaikan itu juga diumumkan kenaikan harga roti
putih. Kakba tahu harga akan naik tapi tak sangka pulak awal tahun dah
bagi 'bonus' ni kat rakyat. Kakba tak terasa sangat coz memang
penggunaan gula amat sedikit. Kalau beli dua kilo tu sampai
berbulan-bulan. Banyak semut makan dari Kakba sekeluarga. Pada
pandangan Kak Ba kalau disemarakkan dulu Kempen Pengurangan Penggunaan
Gulu oleh KPDNKK mesti rakyat Malaysia tak 'angin' sangat. Tapi nak buat
macam maner. Semua dah terjadi. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita harus
menyahut kempen ini agar semua rakyat hidup sihat sejahtera...Amin...
Surat Layang Datang Melayang
Tak sangka dalam dunia cyber
hari ini masih terdapat individu yang menggunakan elemen surat layang
sebagai wadah untuk menyuarakan pendapat dan bantahan. Jika dilihat dari
satu sudut, kewujudkan surat layang ini ada memberi implikasi yang
positif kepada sesebuah organisasi tetapi dari satu sudut yang lain,
surat layang juga boleh menggugat keharmonian sesebuah organisasi. Tak
kira apa juga motif si penulis surat, jika organisasi mengambil dari
sudut yang positif, perkhidmatan yang ditawarkan akan bertambah baik
dari semasa ke semasa. Namun, jika sebaliknya sesebuah organisasi boleh
hilang kredibiliti. itulah padahnya surat layang...
Kerja dan Rumahtangga
Sebagai seorang wanita yang
bekerjaya, Kakba seringnya merasakan jikalau Kakba dapat suami yang
kurang memahami, betapa parahnya hidup ni. Kalau balik penat-penat tetap
kene masak sebab sang suami tak biasa makan diluar, alangkah penatnya
si isteri itu. Tapi ader juga orang kata itu alasan orang malas masak.
Air tangan isteri boleh tambat suami. Tapi apa pulak peranan suami
tambat hati isteri pulak setelah tanggungjawab mencari rezeki dipikul
bersama?
Madu Tiga
Hari ni KakBa baca Mega tentang
Salleh Yaacob yang kahwin tiga tapi bahagia. Best tengok bila ada suami
yang sanggup memadukan isteri tetapi sedar tanggungjawab sendiri. Lelaki
selalunya bila ada orang baru isteri lama dilupa-lupakan,
ditangan-tangankan. Tak banyak lelaki yang bila ada orang baru yang lama
tak dipersalahkan. Selalu ader saje yang buruknya untuk dijadikan
alasan ambil yang baru jadi isteri.
Sebenarnya bukan mudah untuk suami berlaku adil jika isteri tidak redha dengan 'keadilan' yang suami perkatakan. Contohnya dalam soal kenderaan. Jika isteri pertama pakai Herier, isteri kedua pakai Alphard, isteri ketiga pakai BMW, kene pastikan hargaya tidak banyak beza dan jika berbeza isteri-isteri kene redha. Hal ini akan bersangkutan pula dengan kos minyak untuk kereta-kereta ini, belum lagi bab insurance dan road tax. Terlalu banyak perkara remah yang perlu difikirkan jika nak berlaku adil. Jika isteri pertama rumah apartment, semua isteri kena duduk jenis rumah yang sama walaupun ada yang berminat nak duduk Kondo atau rumah teres.
Suami kene bertegas agar semua isteri patuh dengan keadilan dan kehendak isteri terpaksa dikorbankan agar madu tidak buat sebarang spekulasi dan mintak kehendak masing-masing dipenuhi. Pening kepala Kakba fikirkan jika Kak Ba jadi lelaki yang 'adil'. Kesimpulannya Salleh Yaacob suami hebat dan isteri-isterinya juga wanita yang hebat.