27.9.10

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PENGENALAN
Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Kementerian ini berperanan untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa. Peranan tersebut sesuai dengan moto kementerian ini iaitu “Meneraju Kegemilangan Ilmu”.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)
Jabatan Pengajian Tinggi bertujuan menjadikan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia menjelang 2020. Antara fungsi utama jabatan ini ialah menggubal, melaksana, memantau dan menilai dasar-dasar, program dan aktiviti IPT ke arah kecemerlangan pengajian tinggi; membangun sistem pengurusan IPT yang cekap dan inovatif; merancang dan memastikan penubuhan IPT dan keperluan prasarana pengajian tinggi yang kondusif serta berkualiti setanding dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Jabatan Pengajian Tinggi Aras 1-3, Blok E9 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, 62505 Putrajaya. Tel: 03-8883 5999. Faks: 03-8889 4119. Laman web: http://jpt.mohe.gov.my/

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
Pada 16 September 2009, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti telah distrukturkan semula menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Pemisahan ini adalah bertujuan untuk penjenamaan semula dan transformasi kedua-dua institusi berkenaan ke arah melahirkan modal insan yang berinovasi serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. JPP berperanan dalam menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat sijil, diploma, dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa dan menyediakan peluang-peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 12, Menara Heritage, Jalan SB Dagang, 43300, Seri Kembangan Selangor. Tel:03-8939 4000. Faks: 03-8939 4045. Laman web: jppkk.mohe.gov.my

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
Kolej Komuniti berperanan dalam melatih dan memberi kemahiran kepada semua peringkat masyarakat khususnya kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di peringkat pusat, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia pengurusan semua Kolej Komuniti. Penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam sistem pendidikan negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Sehingga Disember 2009, sejumlah 42 buah Kolej Komuniti Induk dan 23 buah Kolej Komuniti Cawangan sedang beroperasi dengan menawarkan pelbagai program bergantung kepada keperluan dan kehendak setempat.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 12, Menara Heritage, Jalan SB Dagang, 43000 Jalan Seri Kembangan 43300, Selangor. Tel: 03-8939 4000. Faks: 03-8939 4045. Laman web: http://www.bpkk.edu.my/

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan bagi tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman. Di samping itu PTPTN juga menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi serta melaksanakan sebarang fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2092 7788. Laman web http://www.ptptn.gov.my/

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) ditubuhkan bagi tujuan menguruskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan keperibadian Al-Marhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Penubuhan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) bertujuan untuk memperingati jasa Almarhum sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Yayasan Tunku Abdul Rahman, Aras 1, Blok E14, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 Putrajaya. Tel: 03-8888 6107/03-8888 6108. Faks: 03-8888 6095. Laman web: http://www.yayasantar.org.my/

Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA)
Pada 21 Disember 2005, kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta. Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ditubuhkan pada 1 November 2007. Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan.

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS, 17 Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7968 7002. Faks: 03-7956 9496.
Laman web:http://www.mqa.gov.my

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) ditubuhkan pada Ogos 2007 dan beroperasi secara rasmi mulai Januari 2008. AKEPT berperanan membawa transformasi dalam pengajian tinggi di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Fungsi AKEPT adalah menjalankan latihan kepimpinan, pembelajaran dan pengajaran dan penyelidikan dan inovasi kepada pegawai dan pensyarah di institusi pengajian tinggi negara. AKEPT juga turut menyumbang peranan dalam menjayakan objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara khasnya dalam membawa transformasi terhadap pembangunan modal insan.

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Aras 2, Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 Putrajaya. Tel: 03-8883 5498. Faks: 03-8883 5490

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) ditubuhkan pada Ogos 2007 dan beroperasi secara rasmi mulai Januari 2008. AKEPT berperanan membawa transformasi dalam pengajian tinggi di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Fungsi AKEPT adalah menjalankan latihan kepimpinan, pembelajaran dan pengajaran dan penyelidikan dan inovasi kepada pegawai dan pensyarah di institusi pengajian tinggi negara. AKEPT juga turut menyumbang peranan dalam menjayakan objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara khasnya dalam membawa transformasi terhadap pembangunan modal insan.

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Aras 2, Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 Putrajaya. Tel: 03-8883 5498. Faks: 03-8883 5490

KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

PENGENALAN
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memainkan peranan memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara. Pembangunan luar bandar adalah agenda kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan ‘membandarkan’ kawasan luar bandar. Pada awal penubuhan KKLW pada 17 November 1959, ia dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Pada 27 Mac 2004, KPNLB dinamakan sebagai KKLW dengan membawa kemasukan tiga agensi iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Program pembasmian kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
JABATAN/AGENSI

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 Tahun 1972), Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Objektif RISDA adalah memastikan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010. Objektif ini telah dicapai apabila pendapatan pekebun kecil melepasi RM2000 sebulan sekeluarga pada tahun 2010 berikutan harga getah yang amat memberangsangkan dan juga peningkatan produktiviti. Harga getah purata SMR 20 tahun 2010 adalah RM10.58 sekilogram dan telah mencapai paras tertinggi RM14.89/kg dan dengan ini seorang pekebun yang memiliki dua hektar getah dengan produktiviti 1,481 kg sehektar setahun memperoleh pendapatan sejumlah RM2,381 hingga RM3,294 sebulan.

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),Ibu Pejabat RISDA, Karung Berkunci 11067, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur. Tel: 03- 42564022. Faks: 03-4257 6726. Laman web: http://www.risda.gov.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama 1965. Matlamat utama penubuhan MARA adalah untuk menangani kelemahan sosioekonomi Bumiputera, khususnya dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Misi korporat MARA adalah untuk menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatn.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tingkat 3-26, Ibu Pejabat MARA, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03-2691 5111. Faks: 03-2691 3620. Laman web: http://www.mara.gov.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dalam kalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui Kertas Kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS berperanan mengubah sikap dan menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan berdikari. Selain itu, KEMAS turut memainkan peranan dalam mewujudkan inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Antara peranan KEMAS juga ialah menggalakkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan Negara. Pada masa yang sama KEMAS berperanan mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan rakyat terhadap usaha-usaha pembangunan Negara.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Aras 2-3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8889 7400. Faks: 03-8888 6457. Laman web: http://www.kemas.gov.my

Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA)
JAKOA berperanan membangunkan taraf sosioekonomi dan keupayaan masyarakat Orang Asli untuk melibatkan diri secara aktif seiring serta setanding dengan masyarakat umum. Pada masa yang sama, JHEOA membantu mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli. Visi JAKOA adalah untuk menjadi sebuah organisasi terunggul dalam kelasnya dalam pembangunan sosioekonomi dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, Tingkat 10,20 & 20 M, Blok Barat, Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-2161 0577. Faks: 03-2162 1470. Laman web: http://www.jheoa.gov.my

Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti ekonomi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah badan berkanun kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang di antara Program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan Program Perniagaan (keuntungan).

Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur. Tel: 03-4143 3646. Faks: 03 - 4142 8162. Laman web: http://www.felcra.com.my

Lembaga Kemajuan Negeri Johor (KEJORA)
KEJORA adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah KKLW yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16 peratus kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ia terbahagi kepada dua wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75 peratus) dan Kluang (25 peratus). KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen 75 (Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), Enakmen Bil.7/1972 (Enakmen KEJORA), (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor 197). Misi KEJORA adalah untuk menerajui pembangunan Wilayah Johor Tenggara melalui pemerkasaan modal insan dan pemapanan ekonomi secara strategik dan berkesan.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Haji Hassan Yunos, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel: 07-8221 601. Faks: 07-8221 600. Laman web: http://www.kejora.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Parlimen 249 (Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981) dengan tujuan untuk membantu dan mempercepatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan KEDA. Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah KKLW, KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan ameniti social, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri desa dan keusahawanan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Bangunan Tunku, Jalan Ibrahim, Peti Surat 195, 05720 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-720 5300. Faks: 04-731 3966. Laman web: http://www.keda.gov.my

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
KESEDAR adalah sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Misi KESEDAR adalah memacu dan menjana pembangunan wilayah Kelantan Selatan serta merancang dan melaksana program pembangunan fizikal yang berkualiti. Selain itu, misi KESEDAR ialah melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi dengan mengeksploitasi sumber-sumber tempatan dan membangunkan modal insan yang boleh membantu mencapai pembangunan Kelantan Selatan.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).Ibu Pejabat, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan. Tel: 09-9132 200. Faks: 09-9121 211. Laman web: http://www.kesedar.gov.my

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
KETENGAH merupakan kawasan pembangunan wilayah di bawah KKLW mengikut Dasar Ekonomi Baru Malaysia. KETENGAH telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Misi KETENGAH ialah KETENGAH sebagai peneraju pembangunan wilayah dalam tempoh 10 tahun beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan, taraf kualiti hidup dengan mewujudkan program-program strategic yang berpacukan sasaran.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Karung Berkunci No. 3, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 23409 Dungun, Terengganu. Tel: 09-8223 100. Faks: 09-8223 104/105. Laman web: http://www.ketengah.gov.my

Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Institut Kemajuan Desa atau INFRA (Institute For Rural Advancement) ialah institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa. Fokus INFRA ialah melatih pemimpin pada peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan isu-isu luar bandar dalam usaha penambahbaikan kaedah dan pendekatan pengurusan desa. Dalam hubungan ini, INFRA bukan sahaja bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan malah turut terbabit pada peringkat antarabangsa menerusi penganjuran bersama latihan penyelidikan. Sasaran utama INFRA ialah masyarakat luar bandar. Selain pengurusan pembangunan desa, bidang latihan dan penyelidikan INFRA turut mencakupi isu-isu kemiskinan dan pendidikan non-formal. Visi INFRA adalah untuk menjadi pusat kecermelangan dalam bidang latihan dan penyelidikan Luar Bandar menjelang tahun 2020.

Institut Kemajuan Desa (INFRA), Lot 2A, Persiaran Institusi, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8735 2400. Faks: 03-8926 5901. Laman web: http://www.infra.gov.my

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

PENGENALAN
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) ditubuhkan pada 9 April 2009 berikutan daripada rombakan Kabinet dan penstrukturan semula kementerian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Sebelum ini, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui penstrukturan semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Berikutan rombakan Kabinet 2009 tersebut, satu fungsi baru telah dimasukkan ke dalam KeTTHA iaitu Teknologi Hijau.

Serentak dengan itu, fungsi ‘komunikasi’ dipindahkan keluar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Kemasukan fungsi dan tanggungjawab baru KeTTHA bagi merancang, merangka dasar dan program-program teknologi hijau menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Bekalan Air (JBA)
Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek pembangunan bekalan air di seluruh negara. Fungsi JBA adalah untuk mewujudkan sistem perbekalan air yang mencukupi dan sempurna di seluruh negara yang diurus dengan cekap, selamat dan teratur dalam memenuhi keperluan negara serta kepuasan rakyat.

Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 1&4, Blok E4/5, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya. Tel: 03-8883 6000. Faks: 03-8889 3071. Laman web: http://www.jba.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
JPP berfungsi untuk menggalakkan kelancaran perlaksanaan sistem pembetungan yang bersesuaian dan moden di seluruh negara mengikut piawaian yang ditetapkan. JPP juga berfungsi untuk melindungi kepentingan pengguna dengan memastikan perkhidmatan yang terbaik pada kos yang berpatutan serta membantu pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan sektor pembetungan yang moden dengan melindungi sumber air dan alam sekitar.

Ibu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Tingkat 5-7, Blok B (Atas), Pusat
Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2080 9400. Faks: 03-2096 2609.
Laman web: http://www.jpp.gov.my

Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga merupakan badan kawal selia industri pembekalan tenaga, bertanggungjawab memastikan pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip adalah mencukupi, selamat dan berdaya harap pada harga yang berpatutan di samping menggalakkan kecekapan tenaga. Suruhanjaya Tenaga berperanan melaksanakan akta berkaitan industri tenaga berdasarkan kepada kuasa yang diberikan dalam Akta Suruhanjaya Tenaga (2001) serta akta-akta dan peraturan industri seperti berikut:
• Akta Bekalan Elektrik 1990
• Akta Bekalan Gas 1993
• Peraturan Bekalan Elektrik (Kompaun Kesalahan) 2001
• Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006
• Peraturan Bekalan Elektrik 1997
• Peraturan Elektrik 1994
• Peraturan Pemegang Lesen 1990
• Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008

Suruhanjaya Tenaga, Tingkat 13, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur. Tel: 03-2612 5400. Faks: 03-2693 7791. Laman web: www.st.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
SPAN yang ditubuhkan dibawah (Akta 654) berfungsi sebagai sebuah badan kawal selia industri perkhidmatan air berasaskan kepada prinsip bebas, berkecuali, telus dan profesional. Secara ringkasnya, fungsi utama SPAN mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) antara lain adalah untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Selain itu, SPAN juga berperanan memastikan industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan lebih mapan dan berdaya saing serta memantau pengendali untuk mematuhi standard perkhidmatan obligasi kontrak dan undang-undang yang ditetapkan, dan garis panduan yang berkaitan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tingkat Bawah dan Tingkat 1, Prime Avenue 7, Blok 3510, Jalan Teknorat 6, 63000 Cyberjaya. Tel: 03-8317 9333/334/335. Faks: 03-8317 9336/83179339. Laman web: http://www.span.gov.my

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dengan aset hampir RM71.4 bilion. Disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, TNB mempunyai kira-kira 29,149 warga kerja (Kumpulan) dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang 7.6 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan. Fungsi TNB adalah penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. TNB merupakan penyumbang utama kepada kapasiti industri total di Semenanjung Malaysia menerusi enam stesen haba dan tiga janakuasa hidro utama. TNB juga mengurus dan mengendalikan rangkaian penghantaran yang komprehensif, iaitu Grid Nasional. Merentasi Semenanjung, rangkaian grid ini menghubungkan stesen-stesen jana elektrik TNB dan Penjana Bebas (IPP) dengan rangkaian sistem pembahagian. Grid ini juga disambungkan dengan sistem penghantaran Thailand di utara dan sistem penghantaran Singapura di selatan. Rangkaian pembahagian TNB pula diuruskan menerusi satu sistem yang komprehensif serta pusat-pusat perkhidmatan pelanggan dan pusat-pusat pengurusan panggilan.

Tenaga Nasional Berhad, No 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2296 5566. Faks: 03-2283 3686. Laman web: http://www.tnb.com.my

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
SYABAS merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan khusus untuk menguruskan sistem pembekalan air bagi kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selaras dengan penswastaan industri bekalan air, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor telah melantik SYABAS untuk mengurus, menyelenggarakan dan mengagih bekalan air bersih di sekitar kawasan konsesinya selama 30 tahun mulai 1 Januari 2005. SYABAS juga merupakan anak syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad, selaku pemegang saham terbesar iaitu sebanyak 70%. Manakala baki 30% dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Sementara itu, Kerajaan Persekutuan memiliki 1 syer emas dalam syarikat ini. SYABAS kini membekalkan air bersih kepada seramai 7.5 juta pengguna industri dan komersial di sekitar negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang meliputi 10 daerah, iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Sabak Bernam.

SYABAS, Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur. Tel: 03-2088 5400. Faks: 03-2282 7976. Laman web: http://www.syabas.com.my

Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada 18 juta pengguna di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan lebih daripada 5,750 buah loji olahan kumbahan awam serta lebih daripada 13,000 km rangkaian paip pembetungan awam. Kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam amat penting demi mengekalkan serta meningkatkan lagi kualiti hidup pengguna dan memelihara kebersihan alam sekitar. IWK memastikan efluen (air terawat) yang dilepaskan daripada semua loji olahan kumbahan awam sentiasa mematuhi piawai Jabatan Alam Sekitar demi melindungi perairan daripada pencemaran. Indah Water juga bertanggungjawab sebagai agensi perakuan yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjalankan pemeriksaan dan memperakukan permohonan pembinaan dan pembangunan sistem pembetungan. Selain daripada itu, Indah Water juga menawarkan kepakaran khidmat rundingan untuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), khidmat nasihat teknikal untuk memaksimumkan tahap upaya loji olahan kumbahan awam serta khidmat pengurusan projek pembinaan sistem dan infrastruktur pembetungan.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Aras 1-4 Block J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 1100. Faks: 03-2780 101. Laman web: www.iwk.com.my

Pusat Tenaga Malaysia (PTM)
PTM adalah sebuah organisasi bebas dan tidak berasaskan keuntungan. PTM ditubuhkan pada Mei 1998 sebagai memenuhi keperluan sebuah pusat penyelidikan dan kajian tenaga di Malaysia. Aktiviti-aktiviti utamanya termasuklah membuat perancangan dan penyelidikan tenaga, kecekapan tenaga serta membuat kajian berkaitan teknologi, pembangunan mahupun demonstrasi. Ia juga bertanggungjawab mengumpul segala data berkaitan. PTM juga berfungsi sebagai sebuah agensi tenaga sehenti bagi menghubungkan universiti-universiti, institusi-institusi penyelidikan, pelbagai industri juga organisasi-organisasi tenaga tempatan mahupun antarabangsa.

Pusat Tenaga Malaysia, No 2 Jalan 9/10, Persiaran Usahawan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel : 03-8921 0800. Faks: 03-8921 0801/0802. Laman Web: http://www.ptm.org.my

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

PENGENALAN
Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke 20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perangsaraf dan geraksaraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government’s Information Services) pada tahun 1950. Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof. Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978 siaran televisyen warna telah dilancarkan.

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai kementerian ini pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Walau bagaimanapun apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004, FINAS telah diletakkan di bawah portfolio kementerian tersebut.

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pula ditubuhkan di bawah kementerian ini pada tahun 2000 dengan tujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara. Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) merupakan sebuah kementerian yang menggabungkan tiga portfolio kementerian sebelum ini iaitu ‘PENERANGAN’ daripada Kementerian Penerangan, ‘KOMUNIKASI’ daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan ‘KEBUDAYAAN’ daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Penggabungan ini adalah berikutan dengan penstrukturan semula Kabinet selari dengan pelantikan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Keenam pada 3 April 2009. Penstrukturan semula semua Kabinet telah diumumkan pada 9 April 2009 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Kini, kementerian ini telah dibahagi kepada 3 sektor iaitu sektor penerangan, sektor komunikasi dan juga sektor kebudayaan.

Objektif KPKK ialah:
(i) Menyebarkan maklumat mengenai falsafah, dasar dan program nasional secara berkesan bagi melahirkan masyarakat berilmu, bermaklumat dan berbudaya luhur ke arah 1Malaysia.
(ii) Membangun, menyediakan dan mengawal selia kemudahan dan perkhidmatan komunikasi serta industri kandungan.
(iii) Merakyatkan seni, budaya dan warisan melalui program dan aktiviti seni dan budaya ke arah 1Malaysia.
(iv) Meningkatkan pendapatan negara melalui sumbangan industri kreatif dan komunikasi.
(v) Melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif.
JABATAN/AGENSI

A) SEKTOR PENERANGAN
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia bertanggungjawab menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan. Tanggungjawab Jabatan Penerangan mengendalikan kempen-kempen penerangan bermula sejak penubuhannya pada 24 September 1945. Tanggungjawab terkini jabatan ini ialah menjayakan Gagasan 1Malaysia dan membina negara bangsa berteraskan Rukun Negara.

Jabatan Penerangan Malaysia, Tingkat 7, 10, 11, 12, 14 & 15, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. Tel: 03-2173 4400. Faks: 03-2173 4403. Laman web: http://www.penerangan.gov.my

Jabatan Penyiaran Malaysia
Jabatan Penyiaran Malaysia berfungsi dalam menyiarkan maklumat dan program hiburan dan televisyen yang berdaya saing dengan menggunakan teknologi terkini serta menepati cita rasa penonton ke arah mencapai wawasan negara.

Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri, 50614, Kuala Lumpur. Tel: 03-2282 5333.
Faks: 03-2282 5103. Laman web: http://www.rtm.gov.my

Jabatan Filem Negara Malaysia (FNM)
Jabatan Filem Negara bertanggungjawab menerbitkan filem dokumentari dan treler, membuat liputan filem peristiwa (arkib) serta memberi pelbagai perkhidmatan perfileman. Di samping itu, jabatan ini turut menyimpan serta memulihara bahan audio dan visual. Jabatan Filem Negara Malaysia juga bertanggungjawab dalam pelbagai urusan penjualan, pengedaran serta peminjaman filem dan audio atau visual simpanan, terbitan jabatan.

Jabatan Filem Negara, Jalan Utara, 46547 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7968 2137. Faks: 03-7956 7463. Laman web: http://www.filemnegara.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Jabatan ini berperanan dalam mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin negara. Selain itu, jabatan ini turut dipertanggungjawabkan menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstremis agama dalam kalangan rakyat selain menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat. Jabatan ini juga turut membuat analisa pola dan sikap pengundi sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya di samping menjalankan penyelidikan dan menyediakan isu-isu sosio politik dan agama. Tidak ketinggalan, jabatan ini akan mengenal pasti dan memantau setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Jabatan Hal Ehwal Khas, Tingkat 3-6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50610, Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 7152/03-26987160/03-26987164/03-26987166. Laman web: www.jasa.gov.my

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
BERNAMA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 berfungsi mencari dan melaporkan berita-berita terkini yang benar dan saksama. Ia berperanan sebagai sumber yang membekalkan berita-berita terkini dan boleh dipercayai untuk akhbar, stesen-stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan internet. Selain itu, BERNAMA turut menyediakan pelbagai produk perkhidmatan berita dan maklumat kewangan tepat-masa menerusi pelbagai platform sejajar dengan perkembangan teknologi serta menyalurkan perkhidmatan berita dan maklumatnya secara terus kepada orang ramai seperti di laman web, radio, televisyen dan telefon bimbit.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Wisma BERNAMA, No 28, Jalan 1/65A Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur. Tel: 03-26939933. Faks: 03-2698 1102/03-26913972. Laman web: http://www.bernama.com

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
Peranan Institut ini ialah merancang dan menyediakan program latihan untuk warga kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya serta melaksanakan program latihan yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa pelanggan. Selain itu, IPPTAR turut menjalankan penilaian program latihan bagi mengukur dan meningkatkan mutu latihan dan bekerjasama dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara dalam bidang latihan penyiaran, perfileman dan komunikasi korporat di samping menyediakan infrastruktur dan khidmat sokongan selaras dengan keperluan latihan.

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Peti Surat 1199, Jalan Pantai Baharu, 59700, Kuala Lumpur. Tel: 03-2282 1752. Faks: 03-2282 4796. Laman web: http://ipptar.kpkk.gov.my

B) SEKTOR KOMUNIKASI

Sektor Komunikasi
Sektor Komunikasi di bawah KPKK bertanggungjawab ke atas perancangan dasar dan strategi bagi industri komunikasi, mengkoordinasi pelaksanaannya serta memantau perkembangan prestasi industri. Selain itu, sektor ini juga bertanggungjawab merancang, mengkoordinasi, melaksana dan memantau projek-projek yang berkaitan, juga peraturan serta undang-undang bagi memastikan akses yang sama rata dan lebih ekonomi bagi perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.

• Telekom Malaysia
Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia. Syarikat GLC ini menawarkan perkhidmatan terasnya iaitu talian tetap dan talian mudah alih bagi telefon dan juga internet.

Telekom Malaysia Berhad, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2240 9494. Faks: 03-2283 2415. Laman web: www.tm.com.my

• Pos Malaysia Berhad
Pos Malaysia Berhad pernah dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos. Peranan yang dimainkan oleh Pos Malaysia berkembang sejajar dengan arus perubahan zaman. Antara peranan Pos Malaysia ialah perkhidmatan penghantaran surat dan bungkusan, kiriman wang pos, pelaburan dana, pembayaran bil dan pembayaran pencen.

Pos Malaysia Berhad, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-2274 1122. Faks: 03-2274 5951. Laman web: www.pos.com.my

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. Antara fungsi SKMM termasuk pengeluaran lesen, mengawal selia perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen, memantau taraf perkhidmatan dan standard kemudahan rangkaian, mempromosi persaingan, mendorong perluasan khidmat pos dan mengawal selia kadar pos, dan memantau dan penyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan dalam bidang tandatangan digital.

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), 63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel: 03-8688 8000. Faks: 03- 8688 1000. Laman web: www.skmm.gov.my

C) SEKTOR KEBUDAYAAN

Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia sebagai pusat arkib dan penyelidikan negara berperanan sebagai agensi utama pengurusan rekod kerajaan bagi memantapkan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan yang baik di sektor awam. Jabatan ini juga menjadi pusat setempat pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran sumber maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah warisan negara kepada orang awam bagi merapatkan jurang ilmu menerusi media terkini. Selain dari itu, Arkib Negara Malaysia juga berperanan melaksanakan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan melengkapkan maklumat dan memantapkan koleksi sejarah tanah air demi memartabatkan kedaulatan negara.

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tel: 03-6201 0688. Faks : 03-6201 5679. Laman web: http://www.arkib.gov.my

Jabatan Perpustakaan Negara
Jabatan Perpustakaan Negara bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman, perkhidmatan digital, perkhidmatan keahlian, perkhidmatan bilik karel, fotokopi dan gerakan literasi maklumat kepada orang awam. Sementara bagi penerbit, Jabatan ini berfungsi menyediakan perkhidmatan permohonan International Standard Book Number (ISBN), permohonan International Standard Serial Number (ISSN) serta pengkatalogan dalam penerbitan. Bagi perpustakaan pula, jabatan ini berperanan dalam menyediakan sistem pembekalan penerbitan, perkhidmatan pemuliharaan dan menyediakan khidmat nasihat dan perundingan.

Jabatan Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572, Kuala Lumpur. Tel: 03-2687 1700. Faks: 03-2692 7502. Laman web: http://www.pnm.gov.my

Jabatan Muzium Malaysia
Jabatan Muzium Malaysia diberi tanggungjawab menyelidik, mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara serta mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi khidmat kepakaran di samping memberi khidmat nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta. Selain itu, jabatan ini juga akan mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan serta memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum, persidangan dan lawatan berpandu ke balai-balai pameran.

Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel: 03-2267 1000/2282 6255. Faks: 03-2282 5044. Laman web: http://www.jmm.gov.my

Jabatan Warisan Negara
Jabatan Warisan Negara berperanan dalam memulihara, memelihara dan melindungi warisan semula jadi melalui penyelidikan, pendokumentasian, dan menggalakkan kesedaran terhadap warisan.

Jabatan Warisan Negara, Tingkat 1, 2 dan 10, Menara Chulan, Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-2167 5100. Faks: 03-2171 6028. Laman web: http://www.warisan.gov.my


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan dan promosi seni budaya untuk mengekalkan penghayatan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, jabatan ini akan memperbanyakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan pelbagai kaum selain menyediakan prasarana seni dan budaya yang kondusif kepada pengguna. Di samping itu, jabatan ini juga turut berperanan dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk-produk seni budaya yang baru.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 21-34, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2052 3600. Faks: 03-2163 4031. Laman web: http://www.jkkn.gov.my


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ditubuhkan pada tahun 1981 bertujuan untuk menggalak, memelihara dan memudahkan perusahaan perfileman di Malaysia. FINAS berperanan menyediakan perkhidmatan sokongan dan galakan industri seperti mengadakan latihan industri, pemasaran, penyelidikan, pembiayaan modal dan lain-lain aktiviti pembangunan filem. Dasar Perfileman Negara (DFN) yang telah diluluskan menjadi teras dan panduan FINAS dalam melahirkan penggiat filem yang berilmu dan berkemahiran di samping mewujudkan industri filem yang berdaya tahan dan produktif.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000, Ampang, Selangor. Tel: 03-4104 1300. Faks: 03-4107 5216. Laman web: http://www.finas.gov.my

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
ASWARA berperanan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 1777. Faks: 03-2697 5452. Laman web: www.aswara.edu.my

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia berperanan memaju, menggiat dan memulihkan kemahiran serta ketukangan tradisional melalui penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran bagi memperbaiki kualiti keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Sekyen 63, Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-2162 7459. Faks: 03- 2161 2622. Laman web: http://www.kraftangan.gov.my

Balai Seni Lukis Negara
Balai Seni Lukis Negara (BSLN) selaku peneraju pembangunan seni visual, bertekad untuk mewujudkan suasana di mana kreativiti, pembelajaran serta jalinan persefahaman dapat diakses melalui koleksi, pameran dan aktiviti penghayatan seni.

Balai Seni Lukis Negara, 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200, Kuala Lumpur. Tel: 03-4025 4990/4026 7000. Faks: 03-4025 4987. Laman web: http://www.artgallery.gov.my

Istana Budaya
Istana Budaya memainkan peranan utama menyediakan persembahan seni pentas yang berkualiti serta mampu untuk ditonton oleh semua golongan masyarakat Malaysia dan luar negara. Istana Budaya menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.

Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur. Tel: 03-4026 5555. Faks: 03-4025 5975. Laman web: http://www.istanabudaya.gov.my

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGENALAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Ia merupakan gabungan dua buah kementerian sebelumnya iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Perkhidmatan KDN merangkumi pelaksanaan fungsi operasi dan perkhidmatan sokongan.

Fungsi KDN dirumuskan kepada 10 bidang utama, iaitu Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Hal Ehwal Pendaftaran, Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja Asing, Pengurusan Pertubuhan, Pertahanan Awam, Anti Dadah, Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kawalan Filem, Pengurusan Sukarelawan serta Pemulihan dan Pelaksanaan Hukuman.

Dalam menjalankan tadbir urus tentang keselamatan negara dan ketenteraman awam, KDN pada asasnya memberi penekanan kepada tiga aspek penting, iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Pelanggan dan kumpulan sasar KDN bukan sahaja warga negara tetapi juga bukan warga negara, sama ada yang mendapat taraf pemastautin tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong. Malah, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) juga merupakan kumpulan sasaran KDN. Matlamat utama KDN ialah untuk memelihara dan menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa
penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. JPN juga bertanggungjawab menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu iaitu kad pengenalan berteknologi tinggi atau ‘Smart Card’ untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pembangunan negara.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, 62551 Putrajaya. Tel: 03-8880 7000. Faks: 03-8880 7059. Laman Web: http://www.jpn.gov.my

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertanggungjawab dalam segala urusan pendaftaran dan pengawasan bagi semua pertubuhan berdaftar di seluruh negara. Fungsi utama Jabatan ini adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), No. 2, Aras 2&3, Blok B, Bangunan Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, 62542 Putrajaya. Tel: 03-8890 5776/8/9 Faks: 03-8889 3706/3667. Laman web: http://www.ros.gov.my

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. JIM berfungsi mengeluarkan Pasport atau dokumen perjalanan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap, mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada Warganegara Asing yang memasuki Malaysia, mengawal selia keluar masuk Warganegara dan Warganegara Asing serta menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1996.

Jabatan Imigresen Malaysia, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, (Kementerian Dalam Negeri), Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya. Tel: 03-8880 1000. Faks: 03-8880 1200. Laman web: http://www.imi.gov.my

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
PDRM ialah sebuah pasukan keselamatan utama negara yang beribu pejabat di Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. PDRM bertanggungjawab dari tugas am kepolisan kepada perisikan, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin. Dasar utama PDRM adalah:
• Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
• Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
• Mencegah dan Mengesan Penjenayah
• Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
• Mengumpul Risikan Keselamatan.

PDRM turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri daripada Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.
Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Tel: 03-2262 6222. Faks: 03-2273 9602. Laman web: http://www.rmp.gov.my

Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia bertanggungjawab sebagai institusi penahanan dan pemulihan bagi kumpulan manusia yang bergelar “banduan/tahanan/juvana”. Penjara adalah tempat pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal selia dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu tahanan menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan.

Jabatan Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 03-8732 8000. Faks: 03-8739 9205. Laman web: http://www.prison.gov.my

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab merancang dan menggerakkan jentera penyelarasan pelaksanaan membanteras gejala dadah di seluruh negara. Melalui Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004, AADK bertanggungjawab menentukan usaha-usaha memerangi ancaman dadah secara terancang, bersepadu dan terarah. AADK juga berusaha keras untuk mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagihan semula, membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Aras 3-7, Bangunan Two IOI Square, IOI Resort, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8949 8400. Faks: 03-8944 1931. Laman web: http://www.adk.gov.my

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
JPAM ialah agensi pertahanan awam yang dahulunya dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991. JPAM berperanan menggubal dasar-dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam. JPAM juga mengelola dan menyelenggarakan Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai. Di samping itu, JPAM melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam. JPAM turut mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang bersesuaian mengikut keadaan semasa. Khidmat Bantuan Kecemasan dan Talian 999 di seluruh negara disediakan bagi melakukan tugasan menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh negara.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kementerian Dalam Negeri, Jalan Padang Tembak, 50556 Kuala Lumpur. Tel: 03-26871300. Faks: 03-26923626. Laman web: http://www.civildefence.gov.my

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Percetakan Nasional Malaysia Berhad bertanggungjawab dalam membekalkan hasil kerja percetakan yang setara dengan permintaan dan perkembangan semasa. PNMB juga dijadikan pusat sehenti bagi memenuhi berbagai kehendak dan keperluan percetakan kerajaan selain menawarkan khidmat konsultasi, reka bentuk, pisah-warna, atur huruf, proses filem, kerja percetakan, penjilidan, kerja-kerja penyudahan, laminasi, pembungkusan dan juga penghantaran ke semua destinasi pelanggan.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur. Tel: 03-9236 6888. Faks: 03-9236 6999. Laman web: http://www.printnasional.com.my

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Penubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) merupakan sebuah pasukan sukarela yang membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
RELA berperanan untuk melaksanakan operasi menangkap PATI; memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah); menjalankan aktiviti-aktiviti ‘Geraksaraf dan Perangsaraf’ ; bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan; dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.

Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Aras 2 & 3, Blok 3C4, 26, Boulevard, Presint 3, 62675 Putrajaya. Tel: 03-8890 5536/5537/5539. Faks: 03-8890 5540. Laman web: irela.moha.gov.my

23.9.10

Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) Dalam Kepimpinan Tun Abdullah

Dalam pentadbiran Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, rakyat adalah aset negara paling berharga dan dianggap sebagai rakan kongsi pembangunan negara. Justeru, rakyat diajak memberi komitmen dengan bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan. Setelah menerajui negara sebagai Perdana Menteri, beliau berazam untuk menghapuskan gejala rasuah sehingga ke akar umbi. Sebagai langkah pertama, beliau meminta jabatan dan agensi kerajaan agar mengurangkan kerenah birokrasi yang kelihatannya menyumbang kepada peningkatan kadar rasuah dalam perkhidmatan awam.

Atas keazaman yang kuat beliau mula mengatur strategi yang bersifat serampang dua mata iaitu melibatkan penerapan nilai-nilai murni dan juga menekankan usaha memantapkan lagi proses kerja. Usaha beliau menampakkan hasil pertama apabila Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004. Pelan ini bersifat komprehensif dan menyeluruh serta menuntut penglibatan yang bersepadu daripada semua sektor. Dalam ucapannya semasa melancarkan PIN, beliau menyifatkan PIN sebagai pelan jangka panjang yang lahir daripada cabaran keempat dalam Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Menyedari bahawa usaha memerangi rasuah memerlukan satu usaha yang berterusan, Tun Abdullah telah mengambil satu lagi inisiatif dengan menubuhkan sebuah institusi yang bersifat bebas sebagai agensi penyelaras dan akan melakukan pemantauan berterus terhadap pelaksanaan PIN. Institut itu diberi nama Institut Integriti Malaysia (IIM). Beliau berpendapat bahawa pemantauan yang berterusan amat penting bagi mengukur tahap sebenar pencapaian pelaksanaan pelan yang telah dirangka. Beliau juga telah mengisytiharkan tarikh 5 November setiap tahun sebagai Hari Integriti Kebangsaan.

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK)

PENGENALAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor komoditi utama (Kelapa Sawit, Getah, Koko, Kayu-kayan, Lada, Tembakau dan Kenaf) meliputi aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Dasar-dasar dan program-program KPPK adalah untuk menjamin pembangunan sektor komoditi melalui kegiatan hiliran dan menggalakkan kegiatan pemasaran komoditi terutamanya keluaran-keluaran yang sudah diproses dan separa proses.
AGENSI/MAJLIS

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
MPOB adalah sebuah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab menerajui dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB merangkumi penyelidikan dan pembangunan mengenai pengeluaran huluan hingga pemprosesan produk hiliran sawit. MPOB juga menyediakan khidmat nasihat teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal, penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan teknologi dan khidmat pengembangan.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), No 6. Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor, P.O. Box 10620, 50720 Kuala Lumpur. Tel: 03-8769 4400. Faks: 03-8925 9446. Laman web: http://www.mpob.gov.my

Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Lembaga Lada Malaysia adalah sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan ditubuhkan pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan Jemaah Pemasaran Lada Hitam. Antara matlamat penubuhannya ialah untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia serta menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada.

Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, P.O.Box 1653,
93916, Kuching, Sarawak. Tel: 6082-331811. Faks: 6082-336877/6082-342690. Laman web: http://www.mpb.gov.my

Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Lembaga Koko Malaysia (LKM) ditubuhkan melalui Akta 343, Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan), 1988 yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan Julai 1988 dan diwartakan pada 8 September 1988. Ia mula beroperasi selepas pelancaran rasminya pada 18 Julai 1989. Pada 17 Ogos 2001, Akta 343 – Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) (pindaan) 2001 diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 September 2001. LKM dipertanggungjawabkan untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan di dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran dan penggunaan koko di Malaysia. Di samping itu LKM juga mengawal selia dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan koko seperti pemprosesan, penstoran, pengawalseliaan dan pemasaran.

Lembaga Koko Malaysia (LKM), Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 6088-234477. Faks: 6088-239575. Laman web: http://www.koko.gov.my

Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Lembaga Getah Malaysia (LGM) ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB).

Lembaga Getah Malaysia (LGM), Bangunan Getah Asli (Menara), Tingkat 17 & 18, Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-9206 2000. Faks: 03-2163 4492. Laman web: http://www.lgm.gov.my

Lembaga Tembakau Negara (LTN)
Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditubuhkan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta 111, Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973. LTN bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penanaman, pengawetan, penjualan, pembelian, penyimpanan dan pemindahan tembakau. Di samping itu, LTN juga akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah daripada berlaku dan merebaknya penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Lembaga Tembakau Negara (LTN), Ibu Pejabat Lembaga Tembakau Negara, Kubang Kerian, Peti Surat 198, 15720 Kota Baharu, Kelantan. Tel: 09-765 2933. Faks: 09 -764 2248. Laman web: http://www.ltn.gov.my

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ditubuhkan pada Jun 1973 di bawah Akta Parlimen dan diletakkan di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi. MTIB adalah agensi utama yang bertanggungjawab mempertingkatkan kemajuan perusahaan berasaskan kayu negara. Aktiviti MTIB meliputi penggalakan dan pemasaran hasil keluaran kayu kayan di samping menyumbang input teknologi kepada industri bagi memperkukuhkan tahap daya majunya.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Aras 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel: 03-9282 2235. Faks: 03-9285 1477/1744. Laman web: http://www.mtib.gov.my
“Karnival ini yang berlangsung di Berjaya Time

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
Majlis Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Council–MPOC) telah ditubuhkan pada 25 Januari 1990 untuk mengambil alih tanggungjawab dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang sebelumnya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Dana Promosi Minyak Sawit (Palm Oil Promotion Fund (POPF) Committee). Ia telah diamanahkan untuk menerajui aktiviti-aktiviti mempromosi dan memasarkan minyak sawit Malaysia dalam usaha untuk menjadikan ia berdaya saing di pasaran minyak dan lelemak dunia.

Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Aras 2, Wisma Sawit, Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7806 4097, Faks: 03-7806 2272. Laman web: www.mpoc.org.my

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)
Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) telah ditubuhkan pada Januari 1992 untuk mempromosikan pembangunan industri berasaskan kayu kayan dan memasarkan produk kayu. MTC dibentuk atas inisiatif daripada industri kayu. Ia ditubuhkan sebagai syarikat terhad dengan diselia di bawah Akta Syarikat 1965. Majlis ini dikawalselia oleh Lembaga Amanah di mana setiap ahlinya dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Malaysian Timber Council (MTC), Aras 18, Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 1999. Faks: 03-9282 8999. Laman web: www.mtc.com.my

Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC)
Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) adalah badan bebas yang ditubuhkan untuk membangun dan mengendalikan Skim Persijilan Kayu Negara Secara sukarela di Malaysia dalam rangka memberikan penilaian bebas kepada amalan-amalan pengurusan hutan serta untuk memenuhi permintaan terhadap produk kayu bersijil.

Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC), 19 F, Aras 19, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9200 5008. Faks: 03-9200 6008. Laman web: www.mtcc.com.my

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC)
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) ditubuhkan pada bulan April 2000 untuk mempromosikan pasaran getah dan produk getah. Hal ini selari dengan kedudukan Malaysia sebagai pembekal terbesar dunia perubatan sarung tangan, katerer, benang lateks dan sejumlah produk getah.

Malaysia Rubber Export Promotion Council (MREPC), Blok 2A, Aras 13A-1 Plaza Sentral, Jalan Stesen Central 5, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5088, Faks: 03-2780 0508. Laman web: www.mrepc.com

Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC)
Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC) ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah badan korporat yang diselia di bawah akta Syarikat 1965. Ia bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengembangkan industri perabot Malaysia ke peringkat global.

Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC), 5th Floor, Bangunan Getah Asli (Menara),
148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2171 1133. Faks: 03-2171 1166.
Laman web: www.mfpc.com.my