11.10.10

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PENGENALAN

Pada tahun 1955, Kementerian Pertanian telah ditubuhkan dengan tiga portfolio di bawahnya iaitu pertanian, perhutanan dan perkhidmatan haiwan. Sebelum tahun 2004, kementerian ini banyak bertukar nama dan portfolio sehinggalah selepas pembentukan Kabinet pada 27 Mac 2004, ia dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT). Tiga misi kementerian iaitu mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif; menjadikan Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia dan pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara, dilihat mampu merealisasikan visi kementerian sebagai peneraju transformasi pertanian.

Sejajar dengan itu, enam fungsi kementerian adalah titik tolak kepada usaha mencapai sasaran tersebut. Ia merangkumi menggubal dan merancang dasar, strategi serta program pembangunan pertanian; menilai serta menyelaras pelaksanaan projek atau program pembangunan pertanian; menyediakan khidmat analisis ekonomi termasuk kerja mengumpul, menganalisis dan menyimpan semula maklumat atau data pertanian; merangka dan melaksanakan program publisiti khidmat rujukan dan penyelidikan serta memperkenalkan sistem maklumat pengurusan pertanian; memastikan penyertaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rancangan-rancangan antarabangsa; dan bertindak sebagai agensi sehenti kepada pihak swasta untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran dalam sektor pertanian.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1905. Jabatan ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

Jabatan Pertanian Malaysia, Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 3000. Faks: 03-8888 5069. Laman web: www.doa.gov.my.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia ditubuhkan apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selat. Jabatan ini bukan sahaja bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing malah memastikan sumber perikanan negara berada pada tahap yang memenuhi kehendak pasaran semasa dan pasaran akan datang. Berdasarkan Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN-3) jumlah pengeluaran yang disasarkan ialah 2.071 juta tan metrik setahun menjelang 2010.

Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani, Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya. Tel: 03-8870 4000. Faks: 03-8889 2460. Laman web: www.dof.gov.my.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia berperanan menggalakkan pengeluaran ternakan, hasilan ternakan dan makanan ternakan; pengawalan, pencegahan, pembasmian, kuarantin dan penyelidikan tentang penyakit haiwan dan penyakit zoonotik; mengadakan latihan bagi pengusaha industri ternakan; penyelarasan import dan eksport ternakan dan hasilan ternakan; penyelarasan perlaksanaan program kepastian kualiti dan keselamatan produk makanan berasaskan bahan haiwan dan ternakan; menentukan kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium Lot 4G1, Presint 4, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya. Tel: 03-8870 2000. Faks: 03-8888 6021. Laman web: www.dvs.gov.my

Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Institut Pertanian dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43300 Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8943 7111. Faks: 03-8948 3664. Laman web: www.mardi.gov.my.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 bertujuan menyelia, menyelaras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, herba, ternakan, akuakultur dan produk industri asas tani.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Bangunan FAMA Point, Lot 17304 Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6126 2020. Faks: 03-6138 3650/03-6138 5200. Laman web: www.fama.gov.my

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditubuhkan pada 1971 bertujuan memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan. Tumpuan diberi kepada usaha meningkatkan pendapatan, memperkembangkan dan memajukan perusahaan perikanan negara berdasarkan kepada program-program utama iaitu Pembangunan Masyarakat Nelayan, Pembangunan Industri Nelayan, Pemasaran dan Infrastruktur.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tingkat 3, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2617 7000. Faks: 03–2070 9285. Laman web: www.lkim.gov.my

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 berperanan melaksanakan program dan projek pertanian dan pembangunan luar bandar bagi mengurangkan kadar kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat.

Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur. Tel: 03-2094 5222. Faks: 03-2095 4239. Laman web: www.lpp.gov.my

Agrobank
Agrobank ditubuhkan pada 1 September 1969 dan memulakan operasinya pada awal tahun 1970. Penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan bagi menggalakkan pembangunan sektor pertanian di Malaysia. Agrobank adalah sebuah bank milik kerajaan (GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Dasar Pembiayaan bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara objektif penubuhannya ialah menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian di Malaysia atau mana-mana bahagian, menyelaras dan menyediakan bantuan kredit daripada kumpulan wang awam untuk maksud-maksud pertanian dan menyelenggarakan wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.

Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. Tel: 03-2731 1600. Faks: 03-2691 7790. Laman web: www.agrobank.com.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda dan merancang serta mengusahakan kemajuan pertanian Kawasan Muda sebagai mana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990 Alor Star, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7728 255. Faks: 04-7722 667. Laman web: www.mada.gov.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 dengan fungsinya untuk mengeluarkan padi dan beras bagi menampung keperluan beras negara; mengeluarkan bahan makanan lain untuk menampung keperluan tempatan dan eksport; meningkatkan pendapatan perkapita keluarga tani selaras dengan pendapatan perkapita negara; menggalak dan memajukan industri hiliran berasaskan pertanian; serta membangun dan memperteguh institusi peladang untuk menaungi keluarga tani.
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Peti Surat 127, 15710 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7447 088. Faks: 09-7441 053. Laman Web: www.kada.gov.my.

Lembaga Industri Nanas Malaysia (MPIB)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1957. Ia berperanan untuk membiayai program-program penyelidik agronomi dan program penyelidikan pemprosesan yang berkaitan dengan industri nanas. Selain itu, LPNM juga memberi bantuan kewangan sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2361 211/012/07-2351 337/587. Faks: 07-2365 694/5451. Laman web: www.mpib.gov.my

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)
TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditubuhkan pada 9 November 1998. Pada April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik. TEKUN Nasional turut menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

TEKUN Nasional, No.2, Jalan 4/146 Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-9058 8550/9058 8999. Faks: 03-9059 5777. Laman web: www.tekun.gov.my

Tiada ulasan: