Malam minggu lepas Kakba hadir ke jamuan makan malam di sebuah hotel terkenal di ibu negara sempena majlis makan malam tempat kerja suami (swasta). Macam tahun-tahun sebelumnya, mereka mempunya tema yang tersendiri. Tahun ni tema mereka Hollywood vs Bollywood. Maka ramailah orang yang berpakaian umpama pelakun hollywood dan tidak kurang yang memakai pakaian bollywood termasuk Kakba sendiri. Dalam kemeriahan majlis tersebut ada dua perkara pokok yang begitu menarik minat Kakba untuk direnungi bersama. Yang pastinya majlis sebegini tak akan dapat di lihat dalam majlis makan malam pekerja Kerajaan.
Pertama
Terdapat sebuah persembahan yang dikendalikan oleh golongan maknyah. Mereka berpakaian wanita dan sangat seksi. Ada dua orang yang memang nampak 'kepondenannya' tetapi seorang sudah berubah secara total termasuk memiliki buah dada yang sangat besar berbanding wanita sebenar. Mereka berpakaian menjolok mata dan sikap mereka juga sangat merendahkan martabat wanita. Mengambil tangan penonton dan diletakkan di bahagian dada sambil menggesel-geselkan punggung ke badan penonton lelaki, mengambil muka lelaki dan digosok ke dada mereka - adalah aksi yang mengundang jeritan penonton. Itu yang mereka suka? Kakba percaya mereka adalah orang Melayu berdasarkan rupa paras dan warna kulit mereka dan jika Melayu pastinya Muslim. Masyallah...moga-moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Kedua
Ada di kalangan tetamu yang hadir berpakaian seperti artis hollywood. Melayu dan Muslim pastinya. Tapi pakaiannya tersangatlah tidak menggambarkan ada ciri-ciri kemelayuan di situ. Mana perginya jati diri ramai di kalangan mereka itu? Pasti alasan yang diberi - berpakaian mengikut tema. Tetapi harus juga disedari bahawa tema hanya satu panduan tetapi gaya kita yang tentukan...jangan disebabkan terlalu mengikut tema, jati diri dan harga diri jadi taruhan. Adakah dia bangga apabila semua mata memandang dan menatap setiap bentuk tubuh dan lenggan-lengguknya. Berjalan dengan penuh bergaya menampakkan dia sangat berbangga dengan anugerah yang dikurnia kepadanya tetapi di tidak menyedari kelebihan yang diberikan bukan hak mutlak dan sekadar satu pinjaman. Bila-bila masa atas kehendakNya, semua kecantikan luaran akan diambil kembali olehNya. Kakba doakan semoga orang itu juga mendapat petunjukkan dan hidayah DariNya sebelum terlewat.
2 ulasan:
laaaa... nape tak tunjuk gambo nyer??
Norma, tak kuasa aku ambik gambar dia org...menci aku...lagi pun aku terlopong tgk benda bulat-bulat yang terkeluar tu...hheheheh
Catat Ulasan