11.10.10

KEMENTERIAN PELANCONGAN

PENGENALAN
Kementerian Pelancongan diwujudkan selepas pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004. Melalui rombakan Kabinet tersebut, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah diubah dan diasingkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Visi Kementerian Pelancongan Malaysia ialah membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Antara fungsi Kementerian Pelancongan Malaysia ialah menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian selain melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan industri pelancongan.
JABATAN/AGENSI

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourist Information Centre (MaTiC) terletak persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dan bangunan ini adalah bangunan yang bersejarah kerana Persidangan Parlimen Pertama berlangsung di sini. Selain berperanan sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelancong, pusat ini juga memberi pelancong kesempatan untuk melihat dan menikmati segala tarikan Malaysia melalui persembahan tradisional, pementasan, demonstrasi serta pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.

Pusat Pelancongan Malaysia, 109, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-9235 4848/9235 4800. Faks: 03-2162 1149. Laman web: http://www.matic.gov.my

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelacongan seluruh Malaysia serta pelbagai pakej pelancongan melalui 44 pejabat yang beroperasi di luar negara.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Putra World Trade Centre, 45, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03-2615 8188. Faks: 03-2693 5884/26930207. E-mel: enquiries@tourism.gov.my Laman web: http://www.tourismmalaysia.gov.my

Tiada ulasan: