11.10.10

KEMENTERIAN PERTAHANAN

PENGENALAN

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan.

Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
JABATAN/AGENSI

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang melaksanakan R&D, memberi bantuan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Di dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang.

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan, No.17 & 19, Jalan Seksyen 3/6, Taman Kajang Utama, Kajang, 43000 Selangor. Tel: 03-8733 7133. Faks: 03-8733 5979. Laman web: http://www.stride.gov.my/

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)
JHEV ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. Ketua Pengarah JHEV yang pertama ialah Mejar Jeneral Dato’ Mohd Amin bin Md Salleh. Jabatan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama antaranya ialah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Latihan Dan Penempatan serta Bahagian Pembangunan Usahawan dan Sosioekonomi. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengurus dan membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan pesara ATM. JHEV juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi ‘tambah nilai’ kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan pasaran guna tenaga negara.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan, 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-2050 8000. Faks: 03-2691 7564. Laman web: http://www.jhev.gov.my/

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan kerahan tenaga. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri. Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, JKMKT telah menerima istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan empat Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa Kecil Kurikulum, Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Jawatankuasa Kecil Logistik bagi membantu Jawatankuasa Induk menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara. Jemaah Menteri pada 28 Mei 2003 telah meluluskan Pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003. Manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ini (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi sebagai agensi pelaksana. Fungsi utama JLKN ialah menggubal dasar dan peraturan-peraturan serta menyediakan PLKN secara terancang ke arah mencapai matlamat Dasar Latihan Khidmat Negara. JLKN juga bertanggungjawab menguruskan penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), pelantikan, kemudahan dan faedah untuk Ahli MLKN seperti mana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat Negara serta merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan PLKN dan memastikan objektif JLKN untuk membentuk perwatakan positif kepada remaja melalui nilai-nilai murni tercapai.

Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan, Aras 2-5 Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4027 4747. Faks: 03 4027 4111. Laman web: www.khidmatnegara.gov.my

Jabatan Ketua Hakim Peguam
Jabatan Ketua Hakim Peguam diwujudkan dengan satu fungsi utama, iaitu untuk menasihati Majlis Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera mengenai kesahan keputusan dan hukuman Mahkamah Tentera, hal-hal perundangan yang lain serta melantik hakim peguam di Mahkamah Tentera.

Jabatan Ketua Hakim Peguam, Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Tingkat
5, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 5093. Faks: 03-2694 1702. Laman web:
www.mod.gov.my/pda/hakimpeguam

Pejabat Sekretariat Majlis Angkatan Tentera
Sekretariat Majlis Angkatan Tentera (SMAT) telah mula diwujudkan pada 26 Julai 1956 berikutan dengan perakuan Persidangan Perlembagaan (Constitutional Conference) di London pada Januari 1956. Tugas utama Majlis pada ketika itu ialah untuk mentadbirkan Angkatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelumnya telah ditadbirkan oleh Kerajaan British. Di bawah Perkara 137 (1) Perlembagaan Malaysia, Majlis adalah bertanggungjawab mengenai pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta semua perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Angkatan Tentera kecuali perkara-perkara berkaitan dengan kegunaan operasi. Fungsi Majlis Angkatan Tentera juga berperanan dalam mewujud dan meminda Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT).

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 di bawah kuasa yang diberikan oleh Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 dengan tujuan untuk memberi latihan peralihan, kebajikan, penempatan pekerjaan dan pembangunan usahawan. Penubuhan perbadanan ini adalah di atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuat kuasa mulai 30 Ogos 1994. Dengan tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di bawah Kementerian Pertahanan dan bermula pada 1 Januari 2002, PERHEBAT telah diamanatkan untuk memberi tumpuan hanya kepada aktiviti latihan sahaja. Aktiviti-aktiviti lain seperti penempatan pekerjaan, kebajikan dan kemudahan lain serta pinjaman dan pembangunan usahawan diambil alih oleh JHEV.

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 03-6156 9412. Faks: 03-6157 0075. Laman web: http://www.perhebat.net.my/

Depot Simpanan Pertahanan
Depot Simpanan Pertahanan mula beroperasi di kompleks seluas 85 ekar di Sungai Buloh pada Ogos 1978 ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 di mana pihak ATM telah menyedari kepentingan stok simpanan kenderaan dan peralatan apabila berlakunya darurat. Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan “Mobilisation and Emergency Reserve Stock” dengan peruntukan sebanyak RM140 juta pada 1971. Pada 1975 Depot Simpanan Pertahanan telah diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Depot Simpanan Pertahanan, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6141 2039. Faks: 03-6157 1514.

Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (MAFCA)
Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali dengan MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang ditubuhkan oleh ATM pada 7 April 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bilangan 9, tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Feb 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. MAFCA mula beroperasi pada pertengahan bulan Jun 1981 dengan objektif untuk mewujud dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama berlandaskan Sistem Kodifikasi Nato dalam kalangan pengguna sistem ini di Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini. MAFCA dalam proses untuk menggantikan sistem yang lama iaitu MAFCAS-Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority System yang telah digunakan sejak tahun 1985. Sistem yang akan menggantikan MAFCAS dikenali sebagai eSKN (Elektonik Sistem Kodifikasi Nasional). Bermula pada Oktober 2006, sebagai permulaan, sistem ini digunakan secara perintis oleh empat kementerian dan agensi kerajaan iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Polis Di Raja Malaysia.

Kementerian Pertahanan Malaysia, Wisma Pertahanan, Jabatan Logistik Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 4867. Faks: 03-2694 6381.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana saya meminta Anda untuk rincian lebih lanjut? needda posting Great tahu lebih banyak ...

Tanpa Nama berkata...

Sangat barang bagus.

Tanpa Nama berkata...

i menikmati persis bagaimana Anda menerima tingkat Anda sepanjang

Tanpa Nama berkata...

facebook likes buy
how to buy facebook likes
buy guaranteed facebook fans

facebook likes buy facebook likes buy
buy targeted facebook likes buy guaranteed facebook fans
_________________
buy bulk facebook fans [url=http://www.thetanuxi-alphabeta.com/apps/profile/77098273/]buy bulk facebook fans[/url] buy facebook likes cheap buy guaranteed facebook fans