11.10.10

KEMENTERIAN PERTAHANAN

PENGENALAN

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan.

Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
JABATAN/AGENSI

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang melaksanakan R&D, memberi bantuan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Di dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang.

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan, No.17 & 19, Jalan Seksyen 3/6, Taman Kajang Utama, Kajang, 43000 Selangor. Tel: 03-8733 7133. Faks: 03-8733 5979. Laman web: http://www.stride.gov.my/

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)
JHEV ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. Ketua Pengarah JHEV yang pertama ialah Mejar Jeneral Dato’ Mohd Amin bin Md Salleh. Jabatan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama antaranya ialah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Latihan Dan Penempatan serta Bahagian Pembangunan Usahawan dan Sosioekonomi. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengurus dan membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan pesara ATM. JHEV juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi ‘tambah nilai’ kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan pasaran guna tenaga negara.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan, 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-2050 8000. Faks: 03-2691 7564. Laman web: http://www.jhev.gov.my/

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan kerahan tenaga. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri. Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, JKMKT telah menerima istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan empat Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa Kecil Kurikulum, Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Jawatankuasa Kecil Logistik bagi membantu Jawatankuasa Induk menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara. Jemaah Menteri pada 28 Mei 2003 telah meluluskan Pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003. Manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ini (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi sebagai agensi pelaksana. Fungsi utama JLKN ialah menggubal dasar dan peraturan-peraturan serta menyediakan PLKN secara terancang ke arah mencapai matlamat Dasar Latihan Khidmat Negara. JLKN juga bertanggungjawab menguruskan penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), pelantikan, kemudahan dan faedah untuk Ahli MLKN seperti mana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat Negara serta merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan PLKN dan memastikan objektif JLKN untuk membentuk perwatakan positif kepada remaja melalui nilai-nilai murni tercapai.

Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan, Aras 2-5 Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4027 4747. Faks: 03 4027 4111. Laman web: www.khidmatnegara.gov.my

Jabatan Ketua Hakim Peguam
Jabatan Ketua Hakim Peguam diwujudkan dengan satu fungsi utama, iaitu untuk menasihati Majlis Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera mengenai kesahan keputusan dan hukuman Mahkamah Tentera, hal-hal perundangan yang lain serta melantik hakim peguam di Mahkamah Tentera.

Jabatan Ketua Hakim Peguam, Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Tingkat
5, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 5093. Faks: 03-2694 1702. Laman web:
www.mod.gov.my/pda/hakimpeguam

Pejabat Sekretariat Majlis Angkatan Tentera
Sekretariat Majlis Angkatan Tentera (SMAT) telah mula diwujudkan pada 26 Julai 1956 berikutan dengan perakuan Persidangan Perlembagaan (Constitutional Conference) di London pada Januari 1956. Tugas utama Majlis pada ketika itu ialah untuk mentadbirkan Angkatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelumnya telah ditadbirkan oleh Kerajaan British. Di bawah Perkara 137 (1) Perlembagaan Malaysia, Majlis adalah bertanggungjawab mengenai pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta semua perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Angkatan Tentera kecuali perkara-perkara berkaitan dengan kegunaan operasi. Fungsi Majlis Angkatan Tentera juga berperanan dalam mewujud dan meminda Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT).

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 di bawah kuasa yang diberikan oleh Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 dengan tujuan untuk memberi latihan peralihan, kebajikan, penempatan pekerjaan dan pembangunan usahawan. Penubuhan perbadanan ini adalah di atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuat kuasa mulai 30 Ogos 1994. Dengan tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di bawah Kementerian Pertahanan dan bermula pada 1 Januari 2002, PERHEBAT telah diamanatkan untuk memberi tumpuan hanya kepada aktiviti latihan sahaja. Aktiviti-aktiviti lain seperti penempatan pekerjaan, kebajikan dan kemudahan lain serta pinjaman dan pembangunan usahawan diambil alih oleh JHEV.

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 03-6156 9412. Faks: 03-6157 0075. Laman web: http://www.perhebat.net.my/

Depot Simpanan Pertahanan
Depot Simpanan Pertahanan mula beroperasi di kompleks seluas 85 ekar di Sungai Buloh pada Ogos 1978 ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 di mana pihak ATM telah menyedari kepentingan stok simpanan kenderaan dan peralatan apabila berlakunya darurat. Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan “Mobilisation and Emergency Reserve Stock” dengan peruntukan sebanyak RM140 juta pada 1971. Pada 1975 Depot Simpanan Pertahanan telah diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Depot Simpanan Pertahanan, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6141 2039. Faks: 03-6157 1514.

Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (MAFCA)
Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali dengan MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang ditubuhkan oleh ATM pada 7 April 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bilangan 9, tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Feb 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. MAFCA mula beroperasi pada pertengahan bulan Jun 1981 dengan objektif untuk mewujud dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama berlandaskan Sistem Kodifikasi Nato dalam kalangan pengguna sistem ini di Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini. MAFCA dalam proses untuk menggantikan sistem yang lama iaitu MAFCAS-Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority System yang telah digunakan sejak tahun 1985. Sistem yang akan menggantikan MAFCAS dikenali sebagai eSKN (Elektonik Sistem Kodifikasi Nasional). Bermula pada Oktober 2006, sebagai permulaan, sistem ini digunakan secara perintis oleh empat kementerian dan agensi kerajaan iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Polis Di Raja Malaysia.

Kementerian Pertahanan Malaysia, Wisma Pertahanan, Jabatan Logistik Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 4867. Faks: 03-2694 6381.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PENGENALAN

Pada tahun 1955, Kementerian Pertanian telah ditubuhkan dengan tiga portfolio di bawahnya iaitu pertanian, perhutanan dan perkhidmatan haiwan. Sebelum tahun 2004, kementerian ini banyak bertukar nama dan portfolio sehinggalah selepas pembentukan Kabinet pada 27 Mac 2004, ia dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT). Tiga misi kementerian iaitu mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif; menjadikan Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia dan pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara, dilihat mampu merealisasikan visi kementerian sebagai peneraju transformasi pertanian.

Sejajar dengan itu, enam fungsi kementerian adalah titik tolak kepada usaha mencapai sasaran tersebut. Ia merangkumi menggubal dan merancang dasar, strategi serta program pembangunan pertanian; menilai serta menyelaras pelaksanaan projek atau program pembangunan pertanian; menyediakan khidmat analisis ekonomi termasuk kerja mengumpul, menganalisis dan menyimpan semula maklumat atau data pertanian; merangka dan melaksanakan program publisiti khidmat rujukan dan penyelidikan serta memperkenalkan sistem maklumat pengurusan pertanian; memastikan penyertaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rancangan-rancangan antarabangsa; dan bertindak sebagai agensi sehenti kepada pihak swasta untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran dalam sektor pertanian.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1905. Jabatan ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

Jabatan Pertanian Malaysia, Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 3000. Faks: 03-8888 5069. Laman web: www.doa.gov.my.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia ditubuhkan apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selat. Jabatan ini bukan sahaja bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing malah memastikan sumber perikanan negara berada pada tahap yang memenuhi kehendak pasaran semasa dan pasaran akan datang. Berdasarkan Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN-3) jumlah pengeluaran yang disasarkan ialah 2.071 juta tan metrik setahun menjelang 2010.

Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani, Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya. Tel: 03-8870 4000. Faks: 03-8889 2460. Laman web: www.dof.gov.my.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia berperanan menggalakkan pengeluaran ternakan, hasilan ternakan dan makanan ternakan; pengawalan, pencegahan, pembasmian, kuarantin dan penyelidikan tentang penyakit haiwan dan penyakit zoonotik; mengadakan latihan bagi pengusaha industri ternakan; penyelarasan import dan eksport ternakan dan hasilan ternakan; penyelarasan perlaksanaan program kepastian kualiti dan keselamatan produk makanan berasaskan bahan haiwan dan ternakan; menentukan kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium Lot 4G1, Presint 4, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya. Tel: 03-8870 2000. Faks: 03-8888 6021. Laman web: www.dvs.gov.my

Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Institut Pertanian dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43300 Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8943 7111. Faks: 03-8948 3664. Laman web: www.mardi.gov.my.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 bertujuan menyelia, menyelaras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, herba, ternakan, akuakultur dan produk industri asas tani.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Bangunan FAMA Point, Lot 17304 Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6126 2020. Faks: 03-6138 3650/03-6138 5200. Laman web: www.fama.gov.my

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditubuhkan pada 1971 bertujuan memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan. Tumpuan diberi kepada usaha meningkatkan pendapatan, memperkembangkan dan memajukan perusahaan perikanan negara berdasarkan kepada program-program utama iaitu Pembangunan Masyarakat Nelayan, Pembangunan Industri Nelayan, Pemasaran dan Infrastruktur.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tingkat 3, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2617 7000. Faks: 03–2070 9285. Laman web: www.lkim.gov.my

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 berperanan melaksanakan program dan projek pertanian dan pembangunan luar bandar bagi mengurangkan kadar kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat.

Lembaga Pertubuhan Peladang, Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur. Tel: 03-2094 5222. Faks: 03-2095 4239. Laman web: www.lpp.gov.my

Agrobank
Agrobank ditubuhkan pada 1 September 1969 dan memulakan operasinya pada awal tahun 1970. Penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan bagi menggalakkan pembangunan sektor pertanian di Malaysia. Agrobank adalah sebuah bank milik kerajaan (GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Dasar Pembiayaan bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara objektif penubuhannya ialah menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian di Malaysia atau mana-mana bahagian, menyelaras dan menyediakan bantuan kredit daripada kumpulan wang awam untuk maksud-maksud pertanian dan menyelenggarakan wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.

Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. Tel: 03-2731 1600. Faks: 03-2691 7790. Laman web: www.agrobank.com.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda dan merancang serta mengusahakan kemajuan pertanian Kawasan Muda sebagai mana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990 Alor Star, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7728 255. Faks: 04-7722 667. Laman web: www.mada.gov.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 dengan fungsinya untuk mengeluarkan padi dan beras bagi menampung keperluan beras negara; mengeluarkan bahan makanan lain untuk menampung keperluan tempatan dan eksport; meningkatkan pendapatan perkapita keluarga tani selaras dengan pendapatan perkapita negara; menggalak dan memajukan industri hiliran berasaskan pertanian; serta membangun dan memperteguh institusi peladang untuk menaungi keluarga tani.
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Peti Surat 127, 15710 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7447 088. Faks: 09-7441 053. Laman Web: www.kada.gov.my.

Lembaga Industri Nanas Malaysia (MPIB)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1957. Ia berperanan untuk membiayai program-program penyelidik agronomi dan program penyelidikan pemprosesan yang berkaitan dengan industri nanas. Selain itu, LPNM juga memberi bantuan kewangan sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2361 211/012/07-2351 337/587. Faks: 07-2365 694/5451. Laman web: www.mpib.gov.my

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)
TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditubuhkan pada 9 November 1998. Pada April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik. TEKUN Nasional turut menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

TEKUN Nasional, No.2, Jalan 4/146 Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-9058 8550/9058 8999. Faks: 03-9059 5777. Laman web: www.tekun.gov.my

KEMENTERIAN PELANCONGAN

PENGENALAN
Kementerian Pelancongan diwujudkan selepas pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004. Melalui rombakan Kabinet tersebut, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah diubah dan diasingkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Visi Kementerian Pelancongan Malaysia ialah membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Antara fungsi Kementerian Pelancongan Malaysia ialah menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian selain melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan industri pelancongan.
JABATAN/AGENSI

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourist Information Centre (MaTiC) terletak persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dan bangunan ini adalah bangunan yang bersejarah kerana Persidangan Parlimen Pertama berlangsung di sini. Selain berperanan sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelancong, pusat ini juga memberi pelancong kesempatan untuk melihat dan menikmati segala tarikan Malaysia melalui persembahan tradisional, pementasan, demonstrasi serta pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.

Pusat Pelancongan Malaysia, 109, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-9235 4848/9235 4800. Faks: 03-2162 1149. Laman web: http://www.matic.gov.my

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelacongan seluruh Malaysia serta pelbagai pakej pelancongan melalui 44 pejabat yang beroperasi di luar negara.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Putra World Trade Centre, 45, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03-2615 8188. Faks: 03-2693 5884/26930207. E-mel: enquiries@tourism.gov.my Laman web: http://www.tourismmalaysia.gov.my

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

PENGENALAN
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004. Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian Pertanian.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) ditubuhkan bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan, penyelesaian pembahagian pusaka, pengambilan tanah dan penguatkuasaan. Selaras dengan hasrat berkenaan, JKPTG mempertingkatkan peranannya dalam mengkaji segala undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkaitan supaya wujud keseragaman dan penyelarasan dalam melaksanakan dan mentadbirkan undang-undang, dasar dan garis panduan berkenaan di seluruh Semenanjung Malaysia. Penyeragaman dan penyelarasan ini adalah penting memandangkan hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Aras 3, Podium 1, No. 25
Persiaran Perdana Presint 4, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8171 2600. Faks: 03-8881 0796. Laman web: http://www.kptg.gov.my

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
JUPEM bertanggungjawab menjalankan aktiviti ukur kawalan mendatar dan menegak untuk kegunaan pihak awam dan juga swasta bagi tujuan pembangunan, keselamatan dan pertahanan negara. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja ukuran geodetik dan pemetaan topografi bagi seluruh Malaysia dan ukuran kadaster untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. Tel: 03-2617 0800. Faks: 03-2693 3618. Laman web: http://www.jupem.gov.my.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG)
JMG merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam eksplorasi mineral, perlombongan kuari, serta penyiasatan pelbagai bidang geosains secara bersistem di samping menyediakan perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan mineral. Jabatan ini juga turut bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat yang berkaitan dengan geosains dan sumber mineral.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Tingkat 19-22 Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur. Tel: 03-2161 1033. Faks: 03-2161 1036. Laman web: http://www.jmg.gov.my

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1932 dengan nama Jabatan Parit dan Taliair. Peranan utama adalah untuk memajukan tanah pertanian yang baru dan ia dengan sekali gus memikul tanggungjawab pengairan dan saliran. Jabatan ini yang sebelumnya bernaung di bawah Kementerian Pertanian, menerima tanggungjawab baru yang lebih luas. Tugas-tugas tersebut adalah pengairan, kejuruteraan sungai, tebatan banjir, kejuruteraan pantai dan hidrologi. Pada tahun 1989, jabatan ini dengan rasminya telah ditukarkan nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran seiring dengan tanggungjawab yang kian meluas. Pada 27 Mac 2004, berikutan rombakan kabinet, Jabatan Pengairan dan Saliran diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Fungsi pengairan telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani manakala fungsi-fungsi lain termasuk saliran bandar diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. JPS bertanggungjawab dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir serta saliran bandar.

Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 2828. Faks: 03-2698 7973. Laman web: http://www.water.gov.my

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902, rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R.Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN. Jabatan ini diberi mandat untuk menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar serta berfungsi menjaga, mengurus dan memelihara hidupan liar dan taman negara termasuk rezab, santuari hidupan liar disamping menjalankan penyelidikan terhadap spesies hidupan liar dan habitat, program penyelidikan dan pendidikan di zoo dan pemeliharaan pusat pembiakan haiwan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), KM 10. Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9086 6800. Faks: 03-9075 2873. Laman web: http://www.wildlife.gov.my

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur. Tel: 03-26164488. Faks: 03-2692 5657. Laman web: http://www.forestry.gov.my

Institut Tanah Negara (INSTUN)
INSTUN telah ditubuhkan pada 1 Mei 1998 dan merupakan institut latihan yang bertanggungjawab untuk mengadakan latihan dalam bidang perundangan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Disamping itu, INSTUN menjalankan kajian penyelidikan pengurusan latihan dalam bidang tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan serta membekalkan bahan-bahan rujukan dan maklumat dalam bidang tersebut melalui perpustakaan INSTUN.

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Behrang Stesen, Perak. Tel: 05-454 2825. Faks: 05-454 2837. Laman web: http://www.instun.gov.my.

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada mulanya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar telah ditubuhkan pada 1975. Fungsi utama JAS ialah untuk mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Aras 1-4, podium 2&3, Lot 4G3 Presint 4, No.25, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya. Tel: 03-8871 2000. Faks: 03-8889 1973. Laman web: www.doe.gov.my

Jabatan Taman Laut Malaysia
Jabatan ini berperanan untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti marin dan habitatnya yang telah terjejas serta membiakkan spesies marin yang terancam. Selain itu, jabatan ini juga berperanan untuk menggalakkan kajian saintifik dan memantau flora dan fauna marin yang terdapat di kawasan perlindungan. Jabatan ini turut terlibat dalam usaha untuk meningkatkan pendidikan, pengetahuan dan kesedaran dan sokongan orang ramai mengenai kepentingan serta keperluan pemuliharaan hidupan biodiversiti marin dan habitatnya.

Jabatan Taman Laut Malaysia, Aras 11, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran Perdana, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8886 1111. Faks: 03-8888 0489. Laman web: www.dmpm.nre.gov.my.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah sebuah badan berkanun yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB), di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 1985, Institut ini dijadikan badan berkanun dan dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia. Mulai 2004, FRIM berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) dan merupakan institut penyelidikan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan dan pembangunan, perundingan, pemindahan teknologi dan perkhidmatan ujian dan tumbuhan ubatan.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6279 7000. Faks: 03-6273 1314. Laman web: http://www.frim.gov.my

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) ditubuhkan pada September 1995 dan diletakkan di bawah Kementerian Pertanian. Mulai April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. NAHRIM bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta perundingan dalam bidang perkhidmatan hidraulik sumber air merangkumi kejuruteraan sumber air atau sungai dan pantai. NAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pusat kecemerlangan kebangsaan yang menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang hidraulik sumber air bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8948 3033. Faks: 03-8948 3044. Laman web: http://www.nahrim.gov.my

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI

PENGENALAN
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi asalnya dikenali sebagai Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1973. Kemudian, pada tahun 1976 kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar selaras dengan penekanan kerajaan ke atas hal-hal berkaitan alam sekitar. Pada 27 Mac 2004, Kabinet memutuskan pertukaran nama kementerian ini kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi seiring dengan kepentingan aplikasi sains, teknologi dan inovasi dalam pembangunan negara bagi mempertingkatkan daya saing dan seterusnya mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju.
JABATAN/AGENSI

MIMOS Berhad
MIMOS berfungsi mempelopori R&D dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan berhubung dengan dasar, teknologi dan strategi yang berkaitan dengan ICT.

MIMOS Berhad, Technology Park Malaysia, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-8995 5000/03-8995 5150. Faks: 03-8991 4202. Laman web: www.mimos.my

SIRIM Berhad
SIRIM diberi mandat dalam meningkatkan pembangunan industri melalui penyelidikan, pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran, piawaian dan pensijilan. Strategi pelaksanaan adalah dengan menggalakkan penstandardan dan jaminan kualiti untuk meningkatkan daya saing, kesejahteraan pengguna dan meningkatkan kemampuan dan keupayaan teknologi bagi menjana sumber pertumbuhan baru.

SIRIM Berhad, No. 1, Persiaran Dato’ Menteri, Seksyen 2, Peti Surat 7035, 40911 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5544 6000. Faks: 03-5510 8095. Laman web: www.sirim.my

Taman Teknologi Malaysia (TPM)
Taman Teknolgi Malaysia (TPM) ditubuhkan pada tahun 1996 dan berfungsi untuk menyediakan Malaysia ke arah era informasi. Pada masa ini, TPM mempunyai infrastruktur penyelidikan dan pembangunan K-industri antara yang paling maju dan lengkap di dunia.

Taman Teknologi Malaysia (TPM), Aras 5, Enterprise 4, Technology Park Malaysia, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tel: 03-8998 2020. Faks: 03-8998 2110. Laman web: www.tpm.com.my

Kumpulan Bagi Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MiGHT)
MiGHT berperanan mempromosikan pembangunan kebolehupayaan dalam teknologi tinggi dan sektor strategik, menyumbang kepada pengembangan dasar, pembinaan keupayaan dan memupuk perkongsian dan kerjasama teknologi yang lebih rapat di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Kumpulan Bagi Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), Aras 6, Blok 2 Menara PjH, Presint 2, P.O. Box 11 & 12, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8315 7888. Faks: 03-8888 8232. Laman web: www.might.org.my

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
MDeC berfungsi memastikan kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan perjalanan syarikat-syarikat yang beroperasi berkaitan dengannya. Di bawah MDeC terdapat MSC Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah berkembang pesat sehingga menjadi hos kepada lebih 1800 buah syarikat ICT dari seluruh dunia.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), MSC Malaysia Headquarters, 2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8315 3000. Faks: 03-8318 8519. Laman web: www.mdec.com.my

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia Sdn. Bhd. (MTDC)
MTDC ditubuhkan pada 10 Mac 1992 dan berfungsi sebagai penyelaras mengkhususkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti-universiti dan institusi-institusi tempatan untuk dimanfaatkan kepada sektor industri dan pembangunan teknologi persyarikatan di Malaysia.

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia Sdn. Bhd. (MTDC), Aras 8 - 9, Menara Yayasan Tun, Razak, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-2161 2000. Faks: 03-2163 7542. Laman web:www.mtdc.com.my

Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC)
MBC lebih dikenali sebagai BiotechCorp bertanggungjawab menggalakkan pembabitan sektor swasta dalam bidang bioteknologi. Ia juga berperanan mempromosikan negara sebagai pusat bioteknologi serantau, menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan komersial serta menyelaras permohonan insentif-insentif yang ditawarkan kerajaan berkaitan bioteknologi. BiotechCorp dikawal selia oleh Majlis Pelaksanaan Bioteknologi dan mendapat nasihat daripada Panel Penasihat Bioteknologi Antarabangsa. Kedua-dua badan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perbadanan Bioteknologi Malaysia, Aras 23, Menara Atlan, 161B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2116 5588. Faks: 03-2116 5411. Laman web: www.biotechcorp.com.my

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd (ATSB)
ATSB berperanan mempertingkatkan pencapaian negara dalam bidang sains dan teknologi angkasa. Peranan utamanya tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) reka bentuk dan pembangunan sistem angkasa yang diluluskan dan penggunaan teknologi yang maju dan inovatif.

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd (ATSB), 2, Jln Jururancang U1/21, HICOM-Glenmarie Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5569 0100. Faks: 03-5569 6108. Laman web: www.atsb.my

Akademi Sains Malaysia (ASM)
ASM berperanan mempertingkatkan kecemerlangan akademik dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk pembangunan negara.

Akademi Sains Malaysia (ASM), 902-4 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2694 9898. Faks: 03-2694 5858. Laman web: www.akademisains.gov.my

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)
MRM berperanan untuk mempromosikan keberkesanan penggunaan rekaan dan pemikiran rekaan dalam perniagaan, pendidikan dan kerajaan.

Majlis Rekabentuk Malaysia, Aras 26, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5510 4714. Faks: 03-5510 4720. Laman web: www.mrm.gov.my

Cybersecurity Malaysia
Peranan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi teknikal keselamatan siber telah mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan penubuhan CyberSecurity Malaysia, rakyat Malaysia dan pengguna Internet khususnya mempunyai satu pusat rujukan dalam menghadapi ancaman siber. Perkhidmatan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia adalah Cyber999/tindak balas kecemasan komputer, forensik siber, jaminan keselamatan maklumat, pengurusan keselamatan maklumat dan amalan terbaik, latihan dan program kesedaran keselamatan maklumat dan kajian dasar strategik.

Cybersecurity Malaysia, Aras 8, Blok A, Mines Waterfront Business Park, No 3 Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8992 6888. Faks: 63-8945 3205. Laman web: www.cybersecurity.my

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menyediakan pembangunan infrastruktur di bumi termasuk pembinaan makmal kalibrasi, makmal assembly, Integration And Test (AIT) menerusi projek konstelasi satelit. Agensi ini juga membangun keupayaan negara dalam teknologi satelit, termasuk fasilitet pembuatan, teknologi sensor optik serta gelombang mikro. Selain daripada itu, ANGKASA turut membangun satelit komunikasi untuk penggunaan keselamatan dan meniti jurang digital. TiungSAT-1 merupakan Mikrosatelit Kebangsaan yang pertama di Malaysia. Ia dibangunkan melalui program kerjasama antara teknologi pemindahan dengan latihan Teknologi Satelitte Surrey (SSTL), University of Surrey, Guilford, United Kingdom.

Agensi Angkasa Negara, Ibu pejabat, Tingkat 5, Blok 2, Menara PJH, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8888 8668. Faks: 03-8888 3480. Laman web: www.angkasa.gov.my

Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
Ditubuhkan pada 19 September 1972, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) diberikan kepercayaan untuk memenuhi wawasan kerajaan bagi memperkenalkan dan mempromosi penggunaan teknologi nuklear dalam pembangunan negara. Pada awal penubuhannya, Nuklear Malaysia dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear (CRANE), dan kemudian ditukar nama kepada Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI). Pada Jun 1983, PUSPATI diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan namanya ditukar menjadi Unit Tenaga Nuklear (UTN). Pada Oktober 1990, ia dipindahkan pula ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Seterusnya pada Ogos 1994 namanya sekali lagi ditukar dan dikenali sebagai Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia (MINT). Pada 28 September 2006, MINT sekali lagi diberi identiti baru dan kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 03-8925 0510. Faks: 603-89258262. Laman web: www.nuclearmalaysia.gov.my

Agensi Remote Sensing Malaysia
Agensi Remote Sensing Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) ditubuhkan pada tahun 1988. Agensi ini berfungsi sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan (Sistem Maklumat Geografi - GIS dan Sistem Penentududukan Global – GPS). Agensi ini telah dinaik taraf sebagai Jabatan mulai 15 Februari 2008.
Peranan utama Remote Sensing Malaysia adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (P&P) aplikasi remote sensing dan teknologi berkaitan, dan melaksanakan pembekalan imej satelit remote sensing kepada pengguna. Agensi ini adalah pembekal tunggal data satelit remote sensing kepada agensi-agensi kerajaan.

Agensi Remote Sensing Malaysia, No.13, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 3400. Faks: 03-2697 3350/603-2697 3360. Laman web: www.remotesensing.gov.my

Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
Jabatan Kimia pada mulanya dikenali sebagai Makmal Analisis Kerajaan bagi Negeri-Negeri Selat ditubuhkan di Singapura pada 1885 dan cawangannya di Pulau Pinang pada tahun 1909. Pada tahun 1946, Jabatan Kimia ditubuhkan hasil gabungan Makmal Analisis di Pulau Pinang, Makmal Kimia di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kimia, Jabatan Perdagangan dan Kastam. Ibu pejabat pertamanya ialah di Brickfields, Kuala Lumpur yang kemudiannya berpindah ke lokasi sekarang di Petaling Jaya pada tahun 1957.

Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Sultan, 46661 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7985 3000. Faks: 03-7985 3092. Laman web: www.kimia.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dipertanggungjawabkan untuk menambah baik rangkaian seismik dan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia untuk memantau/mengesan dan mengeluarkan maklumat dan amaran awal sekiranya berlakunya Tsunami atau gempa bumi. Dalam aspek ramalan & amaran cuaca, JMM sedang dalam proses meningkatkan sistem pencerapan dan pemantauan serta sistem ramalan cuaca numerik, termasuk ramalan banjir, ribut petir, hujan lebat, jerebu dan kemarau.

Jabatan Meteorologi Malaysia, Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya Selangor. Tel: 03-7967 8000. Faks: 03-7955 0964. Laman web: www.met.gov.my

Jabatan Standard Malaysia (JSM)
Jabatan ini ditubuhkan pada 28 Ogos 1996 dan berperanan sebagai Badan Standard dan Akreditasi Kebangsaan dan bertanggungjawab terhadap aktiviti standardisasi dan akreditasi di Malaysia. Tugas dan fungsi Standards Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549). Standards Malaysia telah melantik SIRIM Berhad sebagai agensi tunggal pembangunan standard kebangsaan pada peringkat teknikal.

Jabatan Standard Malaysia, Century Square, Aras 1 & 2, Block 2300, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya. Tel: 03-8318 0002. Faks: 03-8319 3131. Laman web: www.standardsmalaysia.gov.my

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA)
Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguatkuasa ke atas Akta 304 dan perundangan-perundangan subsidiari yang di buat di bawah akta tersebut. Mulai 27 Oktober 1990, AELB telah diletakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahli ini kesemuanya berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor.
Tel: 03-8922 5888. Faks: 03-8922 3685. Laman web: www.aelb.gov.my

Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM)
Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM) diasaskan pada tahun 2006 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan berperanan untuk menerajui sektor bioteknologi kesihatan negara. Bioteknologi kesihatan memainkan peranan penting untuk merealisasikan Dasar Bioteknologi Kebangsaan yang dirangka pada tahun 2005. Kekayaan sumber semula jadi negara mampu mengerakkan usaha penemuan, pembangunan dan pemasaran farmaseutikal dan nutraseutikal, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, Sains@USM, Blok A, 10 Persiaran
Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tel: 04-6535 600. Faks: 04-6535 604. Laman web: www.ipharm.gov.my

.my DOMAIN REGISTRY
.my DOMAIN REGISTRY adalah satu-satunya pentadbir alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Terdapat 8 kategori yang boleh dipilih daripada .my, .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my, .mil.my, dan .name.my. Website ini bertujuan untuk membantu dan memberikan bimbingan untuk mendaftarkan nama domain pilihan. .my DOMAIN REGISTRY adalah badan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). .my DOMAIN REGISTRY menguruskan ruangan nama .my domain peringkat atas (TLD). Ini melibatkan pendaftaran nama domain serta penyelenggaraan dan operasi dari sebuah nama domain registry.

MYNIC Berhad (Co.No. 735031-H), Aras 3, Blok C, Mines Waterfront Business Park,No.3, Jalan Tasik, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8991 7272. Faks: 03-8991 7277. Laman web: www.domainregistry.my

Inno Biologics
Inno Biologics adalah agensi yang terlibat dengan pengkhususan dalam teknologi kultur sel mamalia dan pengoperasian kemudahan state-of-the-art cGMP untuk pengeluaran biopharmaceuticals. Kemudahan ini dibina untuk mematuhi peraturan Badan Perubatan Eropah (EMEA) dan Amerika Syarikat Food and Drug Administration (FDA). Agensi ini menawarkan perkhidmatan lengkap dari mula hingga akhir operasi untuk pengembangan protein terapeutik. Pengendalian, kepantasan dan kos perkhidmatan yang berkesan akan mengurangkan risiko, kos dan masa pelaburan. Perkara ini akan memastikan pelanggan menempatkan produk ke pasaran, sesuai dengan visi dan strategi mereka. Dengan skala streamline-up kerja dan muat transien transfer ke skala produksi, Inno Biologics adalah landasan terbaik untuk menyambung segala penemuan dan membawanya ke pasaran.

Inno Biologics Sdn Bhd. Lot 1 Persiaran Negeri BBN, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-799 6661. Faks: 06-799 6660. Laman web: www.innobiologics.com

Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI)
ABI adalah satu inisiatif di bawah Dasar Bioteknologi Kebangsaan. Projek ABI merangkumi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ke atas sektor agro-bioteknologi. ABI bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjalankan penyelidikan dan pengkomersialan produk agro yang berpotensi. Penubuhan Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) telah diluluskan oleh Majlis Perlaksanaan Bioteknologi pada 7 September 2006 dan disahkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November 2006 melalui Kertas Jemaah Menteri No. 882/2534/2006. ABI diwujudkan di atas Dasar Bioteknologi Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 21 April 2005.

Institut Agro-Bioteknologi, Malaysia (ABI) Peti Surat 341, Pejabat Pos UPM Serdang, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8943 7257. Faks: 03-8943 5921. Laman web: www.abi.gov.my

Institut Genome Malaysia (MGI)
MGI merupakan sebuah organisasi yang menjalankan penyelidikan dan penemuan dalam bio-sumber tropikal melalui projek-projek berkaitan penjujukan genom, perbandingan dan fungsi genomik serta struktur biologi. Objektif MGI adalah untuk menghasilkan pengetahuan baru dan hartanah intelektual dalam genomika dan biologi molekul untuk pembangunan berasaskan Inovasi Teknologi dan Market-Driven Inovasi. Bioteknologi merupakan peneraju utama dalam ekosistem inovasi bioteknologi nasional untuk pembangunan ekonomi.

Malaysia Genome Institute (MGI), Ministry Of Science, Technology And Innovation,
Heliks Emas Block, UKM-MTDC Technology Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8926 7446. Faks: 03-8926 7972.
Laman web: http://genome.ukm.my

MAVCAP
MAVCAP ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Venture Capital (VC) syarikat yang menumpukan pada pelaburan dalam maklumat tempatan dan sektor teknologi komunikasi (ICT). Pasukan eksekutif yang ditubuhkan di MAVCAP terdiri daripada individu yang berpengalaman yang mempunyai pelbagai kepakaran di dalam bidang kewangan, operasi, pelaburan, teknologi dan membina perniagaan. MAVCAP merupakan pelabur yang paling aktif dalam bidang ICT dan industri berteknologi tinggi, melalui usahasama dan telah melabur di hampir 90 buah syarikat. Sehingga ke hari ini, MAVCAP telah melihat senarai enam syarikat dalam pertukaran portfolio di Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Sejak tahun 2001, agensi ini telah membiayai lebih daripada 258 pengusaha dan mencipta lebih daripada 1,200 pekerjaan di sektor teknologi tinggi di Malaysia. Pada tarikh 31 Disember 2007, MAVCAP telah menghasilkan lebih daripada 100 produk teknologi tinggi dan telah menembusi pasaran di China, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat.

MAVCAP. Aras 10, Menara Bank Pembangunan, 1016 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2050 3000. Faks: 03-2698 3800. Laman web: www.mavcap.com

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) adalah Inovatif Premier Pemodal dan Pembangunan Fasilitator untuk ICT, bioteknologi dan sektor teknologi baru di Malaysia. MDV ditubuhkan pada 23 April 2002. MDV telah diamanahkan untuk menyediakan pembiayaan untuk projek-projek di sektor komersialisasi. Dengan dana sebanyak RM4.1 bilion, MDV menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif dan memelihara inisiatif untuk menjana pertumbuhan sektor ini berdasarkan kepada keperluan. MDV berbangga dengan kelulusan kredit yang cepat dan tiada kerumitan proses dalam pelbagai produk.

Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A), Aras 5, Menara Bank Pembangunan, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. General Line: 603-2617 2888 Faks: 603-2697 8998 Email: info@mdv.com.my Laman web: www.mdv.com.my

MODAL PERDANA
Modal Perdana ditubuhkan pada 16 Mei 2001 oleh Kerajaan Malaysia. Modal Perdana mengelola dan menguruskan dana Modal Ventura Teknologi Akuisisi (VCTA). Ditubuhkan sebagai syarikat kewangan berlesen, visi Modal Perdana adalah menjadi pusat akses teknologi global, kepakaran dan modal untuk Malaysia. Misi Modal Perdana adalah untuk memacu perkembangan teknologi dengan memanfaatkan rangkaian antarabangsa bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia secara menyeluruh berasaskan perniagaan teknologi.

Kumpulan Modal Perdana Sdn.Bhd., Suite 7.01, Aras 7, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2264 5288. Faks: 03-2264 5388 Laman web: www.modalperdana.com

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

PENGENALAN
Kementerian Perdagangan dan Industri telah ditubuhkan pada April 1956 dan beribu pejabat di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada Februari 1972, kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Kemudian, pada 27 Oktober 1990, kementerian ini dipecahkan pula kepada dua Kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
AGENSI/JABATAN

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
MIDA ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan 1965, sebagai sebuah badan berkanun di bawah penyeliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MIDA adalah pusat rujukan utama kerajaan bagi penggalakan dan penyelarasan pembangunan sektor perkilangan dan perkhidmatan (kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan). MIDA berfungsi sebagai penasihat kerajaan mengenai pemberian lesen pengilangan, insentif, jawatan asing dan kemudahan lain yang berkaitan dengan penggalakan, pembangunan dan penyelarasan industri. Beribu pejabat di ibu negara Kuala Lumpur, MIDA telah menubuhkan rangkaian global pejabat-pejabat seberang laut yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia-Pasifik bagi membantu para pelabur yang berminat menempatkan pangkalan perkilangan mereka di Malaysia. Bagi meningkatkan lagi peranan MIDA dalam memberi bantuan kepada para pelabur, wakil-wakil kanan daripada agensi-agensi utama ditempatkan di ibu pejabat MIDA di
Kuala Lumpur untuk memberi nasihat kepada para pelabur mengenai dasar dan prosedur kerajaan.

Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Ibu Pejabat, Blok 4, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2267 3633. Faks: 03-2274 7970. Laman web: http://www.mida.gov.my

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah badan berkanun yang berperanan mempromosi produk perkilangan dan separa perkilangan serta perkhidmatan Malaysia ke luar negara. MATRADE yang ditubuhkan pada Mac 1993 bertanggungjawab membantu syarikat-syarikat Malaysia berjaya dalam pasaran antarabangsa. Selain mengadakan aktiviti promosi produk dan perkhidmatan Malaysia di luar negara, MATRADE turut menjalankan penyelidikan pasaran dan mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif ke arah memajukan perdagangan/eksport produk Malaysia. MATRADE juga bertanggungjawab menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Ibu Pejabat, Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-6207 7077. Faks: 03-6203 7037/7033. Laman web: http://www.matrade.gov.my

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ditubuhkan pada tahun 1962 dan merupakan badan berkanun persekutuan yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daya Pengeluaran Negara. Selaras dengan perkembangan peranannya, Majlis ini ditukar namanya menjadi Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) berkuat kuasa pada 1 Disember 1991 selepas pindaan kepada Akta Majlis Daya Pengeluaran Negara (Memperbadankan) Akta A801. Seterusnya, Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Memperbadankan) 2008 yang dipinda, dikuatkuasakan pada 21 Februari 2008 menukar nama NPC kepada MPC bertujuan untuk memperkukuhkan peranan dan fungsi perbadanan ini selaras dengan keperluan semasa. MPC berperanan menyediakan maklumat mengenai produktiviti, kualiti, daya saing dan amalan-amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan pangkalan data. Ia turut membangunkan modal insan dan kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat yang berasaskan pengetahuan melalui latihan, pembangunan sistem dan amalan-amalan terbaik serta memupuk daya kreatif dan inovatif melalui program-program promosi Produktiviti dan Kualiti (P&Q) dan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ibu Pejabat, P.O.Box 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7955 7266. Faks: 03 - 7957 8068. Laman web: http://www.mpc.gov.my

Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.)
Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.) adalah penjenamaan semula Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) secara rasmi pada 2 Oktober 2009. Perubahan nama ini bertujuan memantapkan lagi fungsi perbadanan ini dalam membangunkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar mampu bersaing dan terus kukuh dalam menghadapi krisis ekonomi. Penubuhan SMIDEC pada 2 Mei 1996 adalah sebagai sebuah agensi kerajaan yang khusus untuk menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan dan fiskal, infrastruktur, pasaran serta lain-lain program pembangunan. SME Corp. adalah ‘pusat rujukan sehenti’ untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan program-program pembangunan IKS yang
ditawarkan oleh 60 agensi kerajaan di bawah 14 kementerian yang berkaitan.

Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.), Ibu Pejabat, Aras 20, West Wing, Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03-6207 6000. Faks: 03-6201 6564. Info Line : 1-300-88-1801. Laman web: http://www.matrade.gov.my



Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah ditubuhkan pada 30 Mac 1960 dengan objektif untuk menggalakkan pertumbuhan industri di Malaysia dengan menawarkan kemudahan pembiayaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terlibat dalam sektor pembuatan dan perkilangan. MIDF kini merupakan sebuah kumpulan kewangan yang kian berkembang dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan. Berikutan penggabungan MIDF dan Amanah Capital Partners Berhad pada tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad menjadikan Kumpulan MIDF kini muncul sebagai sebuah organisasi kewangan yang lebih teguh dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset. MIDF merupakan anak syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Aras 19, Menara MIDF, 82 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2173 8888. Faks: 03-2173 8877.
Laman web: http://www.midf.com.my

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) mula beroperasi pada 3 Oktober 2005 sebagai sebuah institusi kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat memenuhi permintaan bantuan kewangan dan pembiayaaan perniagaan PKS di Malaysia, bank ini melengkapkan lagi produk dan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank-bank komersil melalui gabungan khidmat perniagaan yang sistematik dan komprehensif. Peranan utama bank ini adalah untuk menyumbang ke arah komuniti usahawan yang lebih berdaya saing di Malaysia. SME Bank beroperasi melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan 19 cawangannya di seluruh negeri.

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, Ibu Pejabat, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, Peti Surat 12352, 50774 Kuala Lumpur. Tel: 03-2615 2020/03-2615 2828. Faks: 03-2698 1748. Laman web: http://www.smebank.com.my

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)
Ke arah merealisasikan Malaysia sebagai Halal Hub dunia, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006. Ia merupakan sebuah badan khas untuk menyelaras secara keseluruhan pembangunan industri Halal di Malaysia. Fokus utamanya adalah dalam pembangunan piawaian Halal, audit dan pensijilan termasuk pembangunan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan Halal. HDC turut berperanan menggalak peningkatan penglibatan penggiat industri dalam pasaran Halal global.

Halal Industry Development Corporation (HDC), 5.02, Aras 5, KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7965 5555. Faks: 03-7965 5500. Laman web: http://www.hdcglobal.com