26.8.10

KLINIK 1MALAYSIA PENUHI ASPIRASI RAKYAT

Apa itu Klinik 1Malaysia?
Klinik yang menawarkan perkhidmatan kesihatan asas dan perkhidmatan pesakit luar yang lebih meluas dan cepat kepada rakyat bandar sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Apa Matlamatnya?
· Klinik 1Malaysia diharap dapat mengurangkan kesesakan pesakit luar di unit kemalangan dan kecemasan di klinik dan hospital kerajaan.
· Memberi perkhidmatan yang meluas selaras dengan pelaksanaan pelan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada lebih 10 ribu penduduk di kawasan bandar.

Bagaimana Dilaksanakan?
Klinik 1Malaysia akan dilaksanakan di kawasan-kawasan kediaman, oleh itu, rakyat boleh mendapatkan rawatan di sekitar kawasan perumahan mereka sahaja. Klinik ini telah dilaksanakan di sekitar Wilayah Persekutuan iaitu di Kampung Kerinchi, Intan Baiduri, Kepong, Gombak Setia dan Desa Ranjang di Setapak di mana penduduknya mempunyai kapasiti lebih daripada 10,000 penduduk.

Bila Waktu Operasinya?
Klinik 1 Malaysia beroperasi dalam masa yang panjang iaitu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Berapa Bayaran Yang Dikenakan?

Bayaran RM1.00 dikenakan sama seperti klinik kerajaan.

Siapa Yang Memberi Rawatan
Klinik diuruskan oleh Pegawai Pembantu Perubatan atau Paramedik yang mampu merawat penyakit ringan manakala kes penyakit yang serius akan dirujuk ke hospital.

Berapa Peruntukan Yang Dikeluarkan Kerajaan?
Kerajaan memperuntukkan RM10juta setahun bagi menampung kos operasi bagi 50 buah klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Tiada ulasan: