23.9.10

KEMENTERIAN KEWANGAN

PENGENALAN
Kementerian Kewangan bertanggungjawab memastikan dasar kewangan dan bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan. Ia berfungsi merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber kewangan kerajaan, di samping merumus dan mengawal dasar-dasar berkaitan perkhidmatan kontrak dan bekalan serta pinjaman perumahan kerajaan. Selain itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan yang meliputi segala aspek operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakaunan bagi agensi kerajaan.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Dasar JANM adalah sentiasa konsisten iaitu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada setiap pelanggannya selaras dengan slogan JANM iaitu Excellent Accounting @ Your Service. Dalam memberi perkhidmatan yang terbaik ini, JANM sentiasa mengkaji dan membuat penambahbaikkan terhadap sistem penyampaian awamnya.

Jabatan Akauntan Negara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya. Tel: 03-8882 1000. Faks: 03-8882 1042. Laman web: http://www.anm.gov.my

Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia
Jabatan ini berperanan sebagai pemungut hasil negara yang utama tanpa menjejaskan prestasi perindustrian negara. Pada masa yang sama, tugas pencegahan, terutama menghalang kemasukan anasir-anasir negatif yang boleh mengancam keselamatan negara ataupun meruntuhkan moral rakyat, dilaksanakan secara berterusan.

Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia, Aras 7 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No.3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya. Tel: 03-8882 2300/500. Faks: 03-8889 5884. Laman web: http://www.customs.gov.my

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
JPPH, bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada 1 Jun 1957. Kini, JPPH mempunyai kakitangan seramai 2,132 orang yang mana 294 daripadanya adalah pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan bakinya adalah anggota sokongan. Fungsi dan aktiviti jabatan ini diperkembangkan untuk memenuhi keperluan kepakaran yang berkaitan dengan industri harta tanah.

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 9, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 62592 Putrajaya. Tel: 03-8886 9000. Faks: 03-8886 9001. Laman web: www.jpph.gov.my

Bank Negara Malaysia (BNM)
BNM adalah bank pusat bagi Malaysia yang berperanan mengeluarkan mata wang dan melindungi simpanan nilai mata wang; bertindak sebagai penasihat kewangan dan pemilik bank kepada kerajaan; memupuk kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang kukuh serta mempengaruhi situasi kredit demi kepentingan negara. BNM ditubuhkan pada 28 Januari 1959, di bawah Ordinan Bank Pusat Malaya 1958.

Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 8044, 03-2691 0242, 03-2692 5373. Faks: 03-2694 2909. Laman web: http://www.bnm.gov.my

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank ini ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-undang Malaysia 1974 dan dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Sehingga kini, BSN mempunyai lebih 5,000 kakitangan dengan 7 juta pelanggan dan 372 buah rangkaian cawangan, 650 buah rangkaian ATM serta lebih 40 buah CDM (Mesin Deposit Tunai) di seluruh Malaysia. BSN merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Bank Simpanan Nasional (BSN), Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2162 3222. Faks: 03-2710 7252. Laman web: http://www.bsn.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
KWSP merupakan kumpulan wang simpanan nasional yang terbesar di Malaysia dan antara kumpulan wang yang tertua dan paling berjaya di dunia. KWSP beroperasi sebagai sebuah institusi keselamatan sosial. Matlamat penubuhan KWSP adalah untuk memberikan manfaat persaraan kepada warganegara Malaysia yang bekerja. Tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, KWSP merupakan satu skim simpanan wajib yang mewajibkan majikan dan pekerjanya mencarum setiap bulan pada kadar yang berasaskan peratusan gaji pekerja.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-8922 6000. Faks: 03-2694 8433. Laman web: http://www.kwsp.gov.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
LHDNM ditubuhkan pada 1 Mac 1996 di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 (Akta 533). Sebelum ini LHDNM dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN). Akta tersebut memperuntukkan LHDNM bertindak sebagai agen kerajaan dan memberi perkhidmatan mengenai perkara yang berkaitan dengan cukai langsung negara atau hasil lain-lain di bawah semua akta yang ditadbir oleh LHDNM.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Tingkat 15, Blok 9, Kompleks Bangunan Kerajaan, Peti Surat 11833, 50758 Kuala Lumpur. Tel: 03-6201 6331, 03-6200 3500. Faks: 03-6201 3798. Laman web: http://www.hasil.org.my

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
Fungsi LADA ialah menggalakkan, mempercepatkan dan melaksanakan pembangunan sosioekonomi di kawasan LADA; menggalakkan dan memajukan kawasan LADA sebagai destinasi pelancongan dan kawasan bebas cukai; menyelaras prestasi aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan LADA; dan melaksanakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta kediaman, pertanian, perindustrian dan perdagangan di kawasan LADA.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tingkat 3, 4, 5, 7 & 8, Kompleks LADA, Peti Surat 60, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman. Tel: 04-9667 186/87. Faks: 04-966 7233/2879/1940. Laman web: http://www.lada.gov.my

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA)
LOFSA ditubuhkan pada 15 Februari 1996 sebagai sebuah badan pengawal untuk menerajui dan menyelaras usaha-usaha mempromosi dan membangunkan Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC). Penubuhannya menunjukkan kesungguhan serta komitmen kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai IOFC utama yang bereputasi tinggi. LOFSA dijangka dapat memperkemaskan jentera kerajaan dalam menyelaras industri luar pesisir dan bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan selain merangka rancangan pertumbuhan masa depan serta meningkatkan lagi kecekapan IOFC Labuan.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA), Aras 17, Main Office Tower, Financial Park Complex, Jalan Merdeka, 87000 Labuan. Tel: 6 087 591200/591300. Faks: 6 087 413328/453442/411496. Laman web: http://www.lofsa.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA) pada 1 Mac 1993 untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia. Ia merupakan badan berkanun yang dibiayai sendiri, dan diberikan kuasa penyiasatan serta penguatkuasaan. SC bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawasi aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan (FIA). Ia melaporkan kepada Menteri Kewangan dan mengemukakan akaunnya setiap tahun ke Parlimen.

Suruhanjaya Sekuriti, Corporate & International Affairs Department, Securities Commission 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-6204 8777. Faks: 603-6201 5078. Laman web: http://www.sc.com.my

Khazanah Nasional Berhad
Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegang pelaburan milik kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan aset komersial milik kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik. Khazanah dipertanggungjawabkan menyusun industri strategik terpilih di Malaysia serta menyokong pembangunannya dengan objektif untuk meneruskan kepentingan ekonomi jangka panjang negara.

Khazanah Nasional Berhad, Aras 33, Menara 2, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Tel: 03-2034 0000. Faks: 03-2034 0300. Laman web: http://www.khazanah.com.my

Bursa Malaysia Berhad (BMB)
BMB berperanan mengendalikan tukaran bersepadu sepenuhnya dengan menawarkan perkhidmatan berkaitan pertukaran sepenuhnya, termasuk perkhidmatan perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan depositori. BMB juga turut memberikan perkhidmatan penerangan berkaitan dengan sekuriti Malaysia dan pasaran terbitan.

Bursa Saham Kuala Lumpur, Lower Ground Floor, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2732 0067. Faks: 03-2732 5258. Laman web: http://www.klse.com.my

Unit e-Perolehan
Pada 6 Julai 1999, kerajaan Malaysia dengan Syarikat Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) menandatangani kontrak bagi membangun prosedur perolehan kerajaan secara elektronik yang dinamakan Sistem ePerolehan (eP). Sistem ini terdiri daripada Modul Pendaftaran Pembekal, Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Tender, Sebut Harga, Kontrak Kementerian dan eBidding (bidaan secara elektronik).

Unit e-Perolehan, Khidmat Bantuan ePerolehan, Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Tingkat Dua, Wisma Amtek, No.15, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7985 7888. Faks: 03-7985 7744. Laman web: http://www.uniteperolehan.gov.my

Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)
Pada 14 Mac 1991, Kementerian Kewangan Malaysia telah memutuskan LTM tidak lagi terlibat secara langsung dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda tetapi sebaliknya berfungsi sebagai Agensi Pengawal sahaja.

Lembaga Totalisator Malaysia, 19A (Rumah JKR), Jalan Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Tel: 03-022 1581. Faks: 03-4022 1576. Laman web: http://www.equinemalaysia.com.my

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS)
PMS dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua jabatan persekutuan di Sarawak mematuhi dasar dan tatacara kewangan supaya sumber-sumber kewangan kerajaan dapat dimanfaatkan dengan lebih cekap dan berkesan.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang 3, 93592 Kuching, Sarawak. Tel: 082-421333. Faks: 082-424489. Laman web: http://www.pmswk.gov.my

Tiada ulasan: