23.9.10

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PENGENALAN

Kementerian Pengangkutan Malaysia bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan program sektor pengangkutan awam yang meliputi pengangkutan darat, maritim dan udara.
JABATAN/AGENSI

Jabatan Laut Malaysia
Jabatan Laut Malaysia (JLM) bertanggungjawab mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia. Di samping itu JLM juga memastikan keselamatan pelayaran dan memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal dagang seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan.

Jabatan Laut Malaysia, Peti Surat 12, Jalan Limbungan, 42007 Pelabuhan Klang. Tel: 03-3346 7777. Faks: 03-3168 5289. Laman web: http://www.marine.gov.my

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bertanggungjawab memastikan setiap penerbangan sekitar Malaysia adalah dalam keadaan selamat, teratur dan memuaskan.

Jabatan Penerbangan Awam, No. 27, Persiaran Perdana, Aras 1- 4, Blok Podium, Presint 4, 62618 Putrajaya. Tel: 03-8871 4000 Faks: 03-8890 1640. Laman web: http://www.dca.gov.my

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab mewujud dan mentadbir sistem pendaftaran dan pelesenan semua jenis kenderaan bermotor yang berintegriti, berkesan dan selamat serta mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang mahir, berdisiplin dan berhemah. JPJ juga berperanan menguatkuasakan dan mentadbir undang-undang jalan raya bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mempunyai budaya kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan raya.

Jabatan Pengangkutan Jalan, Aras 1-5 , Blok D4 , Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62620, Putrajaya. Tel: 03-8886 6400. Faks: 03-8888 9645.
Laman web: http://jpj.gov.my

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) adalah sebuah jabatan yang berfungsi sebagai “One Stop Agency” yang menjalankan perancangan, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penyelarasan semua aktiviti keselamatan jalan raya merangkumi aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Aras 2, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62616 Putrajaya. Tel: 03-8886 6287. Faks: 03-8888 6720. Laman web: http://jkjr.gov.my

Jabatan Kereta Api Malaysia
Jabatan Kereta Api Malaysia berperanan untuk mengawal selia kendalian kereta api dan perkhidmatan kereta api, menetapkan piawaian keselamatan minimum bagi kendalian kereta api dan menentukan supaya pengendalian kereta api mempunyai kelayakan yang sesuai. Di samping itu Jabatan Kereta Api Malaysia bertanggungjawab menjaga kepentingan awam dari segi kadar, piawai atau kualiti perkhidmatan dan kemudahan.

Jabatan Keretapi Malaysia, Aras 13 Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-2278 1222. Faks : 03-227 21900. Laman web: http://www.dor.gov.my

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I recently found this website that I want to share with everyopne as they were a remarkable help when I was
working on a recent project. I needed to know how to do some stuff in PHP and they were able to provide
a tutorial sepcifically tailored to my needs. It was awesome.

[url=http://teamtutorials.com]TeamTutorials[/url]

I recommend you hit them up and check them out if you need assistance.